Buletin

TOYOTA GUNA ROBOT UNTUK UJIAN LUBANG JALAN, KERANA MANUSIA TIDAK CEKAP

Negara yang mengalami empat musim (sejuk, bunga, luruh dan panas) sering menghadapi masalah ini, lubang jalan. Permukaan aspal lebih mudah rosak kerana perubahan iklim yang kritikal khususnya pada musim sejuk. Takungan air dan salji menjadi antara sebab kerosakan besar pada permukaan jalanraya.

Bukan sahaja pihak berkuasa giat memperbaiki dari masa ke semasa, namun mengharapkan jalan rata 100 peratus memang tak kan ada. Justeru, Toyota antara yang terawal mengesan masalah ini.

BACA: BOLEHKAH BEG UDARA MELETUP DI JALAN BERLUBANG?

Mereka tidak baiki jalan tetapi mencari cara untuk menyesuaikan kenderaan mereka dengan jalan yang jahanam ni. Kereta-kereta mereka diuji selepas terhentak dalam lubang adakah boleh jalan dengan normal ataupun mengalami gangguan pengendalian.

Dan Toyota melakukan ini bertahun lamannya.

Mereka menggunakan manusia dalam ujian yang dilakukan di trek khusus di Pusat R&D yang terletak di Michigan, Amerika SYarikat. Ha… jangan tak tahu, sedang kau duk maki Majlis pasal jalan berlubang, kat Amerika sana, permukaan jalan macam kena bom nuklear pun banyak.

Selepas melakukan ujian ini, Toyota mengumpul data dan apa yang mereka cuba bandingkan ialah ujian yang dilakukan manusia tidak mencatat keputusan yang diharapkan.

Bayangkan kerja kau naik kereta hari hari kena langgar bonggol, lubang, jalan tak rata. Cukup setahun longgar habis segala tulang badan. Ujian ni dibuat berterusan sampai kepada jarak yang dikehendaki. Seksa kan?

Jadi, keputusan yang diperolehi juga tidak berapa tepat menurut Toyota. Oleh itu, mereka mulakan ujian dengan menggunakan robot yang dipasangkan dengan pengesan khusus untuk mengumpul data.

Mereka mulakannya dengan model Avalon dan Camry terbaru. Toyota memasang robot berautomasi untuk ujian dan ia mencatat keputusan yang jauh lebih baik. Malah jarak ujian juga berjaya dipendekkan.

Robot tersebut dipasangkan dengan kombinasi komputer, aktuator, tuil, beberapa bahagian mekanikal dan kejuruteraan rumit. 

“Selepas mendapat komponen yang sesuai, kami memulakan ujian lapangan sebenar dengan menggunakan navigasi kawalan GPS,” ujar Don Federico, pengurus kumpulan ujian Toyota. 

“Sistem tradisional GPS lazimnya berada pada julat jarak empat meter, sementara sistem kami perlu lebih rapat untuk posisi trek yang sempit dan juga pada ujian kelajuan tinggi, terutamanya ketika melanggar lubang dan hilang kawalan”

Bagi tujuan itu, Toyota mendakwa mereka berjaya mencatat ketepatan sehingga dua sentimeter dan setakat hari ini, pengumpulan data yang mereka ada adalah sangat tepat dan jitu.

 

 

Google ads
Back to top button