Buletin

FORD BANGUNKAN TEKNOLOGI PEMANDUAN KERETA ELAK LUBANG

Kami percaya, teknologi ini perlu dibangunkan untuk negara Asia. Tapi sebenarnya, ia dilakukan oleh pusat penyelidikan di Cologne, Jerman.

Ia merupakan kombinasi pengumpulan maklumat jalan yang dipantau menggunakan kamera dan modem yang dipasang pada kereta. Jalan-jalan rosak, lopak dan lubang ini akan dipetakan dalam peta jalan dan maklumat dipaparkan kepada pemandu.

BACA: FORD RANGER EDISI VALENTINO ROSSI

Jika permukaan jalan terlalu teruk, sistem yang dikenali sebagai “virtual pothhole map” ini juga memberi pilihan kepada pemandu untuk menggunakan laluan lain. Data ini kemudiannya akan dikongsi oleh kereta Ford yang lain supaya pemandu mendapat peringatan awal.

Dalam kajian yang sama, Ford juga turut membuat penyelidikan terhadap penggunaan suspensi aktif untuk digandingkan bersama “virtual pothhole map” dan juga sistem amaran awal tersebut. Menurut Ford lagi, kajian ini penting kerana purata kos pembaikan kenderaan yang disebabkan oleh lubang ini ialah sekitar RM2500 bagi sebuah kereta.

Jalanraya lebih mudah rosak ketika musim sejuk dan kerosakan jalan juga dikatakan menjadi punca satu pertiga daripada kemalangan yang berlaku.

Kami rasa, kita di Malaysia juga perlu teknologi ini. Mungkin patut juga beri kursus kepada pembuat mainhole supaya permukaannya dibuat rata. Kau pernah jumpa mainhole lebih 30cm dari jalan?

Tu biasa je. Mungkin kita kena bangunkan teknologi “peta maya jerangkap samar”

BACA: FORD TRANSIT VR46

BACA: FORD GT JENSON BUTTON BAKAL DILELONG

 

Google ads
Back to top button