Buletin

TOYOTA COROLLA SPACIO, NISSAN JUKE KENA ‘TELAN’ LUBANG

Dua buah kenderaan terbenam dalam lubang yang terbentuk secara tiba-tiba di bandar Novosibirsk, Rusia pada Rabu.

Dalam kejadian di bandar ketiga terbesar di negara terbabit, Toyota Corolla Spacio dan Nissan Juke ‘ditelan’ lubang dipenuhi saluran paip air panas.

Difahamkan, lubang berkenaan terbentuk berikutan terdapat saluran paip air panas di bawah tanah pecah.

Bagaimanapun, tiada kecederaan ataupun kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan.

Menurut laporan media tempatan, kedua-dua kereta itu diparkir di luar sebuah pusat perniagaan di bandar berkenaan.

Orang ramai kelihatan mengerumuni lokasi kejadian menyaksikan para pekerja perkhidmatan awam berusaha mengeluarkan kenderaan terbabit.

Insiden itu menyebabkan bekalan air tergendala selama beberapa jam di 21 blok flat dan tiga hospital. – dailymail

Google ads
Back to top button