Buletin

BRIDGESTONE TURANZA GR-100

Bridgestone Tyre Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. (Bridgestone Malaysia) hari ini memperkenalkan produk premium terbaharunya, Turanza GR-100. 

SONY DSC

Menjadi model utama dalam rangkaian tayar Turanza, Turanza GR-100 menjanjikan pengalaman ‘Keselesaan Kelas Pertama’. Tayar ini dibina menggunakan teknologi tercanggih Bridgestone untuk menawarkan keselesaan yang premium, amat senyap dan lebih meyakinkan.

Dilancarkan buat pertama kalinya kira-kira 20 tahun lalu, rangkaian produk Turanza direka untuk kegunaan sedan premium. Di pasaran Jepun dan Eropah, Turanza GR-100 merupakan antara produk untuk OEM. Sementara di Malaysia, sasaran jualannya lebih kepada pasaran terbuka.

bridgestone-turanza-GR100-mekanika (7)

Turanza GR-100 dibangun menggunakan teknologi 3D Helmholtz Resonator. Teknologi itu berfungsi menghasilkan satu vakum semula jadi yang mengeluarkan udara daripada alur tayar untuk meminimumkan penghasilan bunyi.

Selain 3D Helmholtz Resonator, tayar itu turut menggunakan beberapa teknologi termaju yang lain seperti dinding sisi asimetrik (asymmetric sidewall), 3D Diamond Pattern, kompaun silika dan banyak lagi.

SONY DSC

Selepas perasmian ringkas yang berlangsung di sebuah hotel di Subang Jaya, kami berpeluang untuk merasai sendiri kualiti tayar tersebut. Ternyata, Turanza GR-100 yang dipasang pada Mercedes-Benz E-Class itu memang menawarkan kualiti pengendalian yang senyap dan menyakinkan.

Bridgestone kini menguasai di antara lapan hingga sembilan peratus pasaran tayar di Malaysia. Menurut Pengarah Urusan Bridgestone Malaysia, Joe Takekawa pihaknya meletakkan sasaran untuk meningkatkan penguasaan itu kepada 10 peratus.

bridgestone-turanza-GR100-mekanika (9)

Untuk Turanza GR-100, Bridgestone Malaysia menawarkan 24 saiz tayar bermula daripada 15 hingga 19 inci. Tayar-tayar ini boleh didapati di semua 240 cawangan PRO Shop Brigestone di seluruh negara pada harga RM300 hingga RM1,000 seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button