Buletin

LAMBORGHINI PILIH BRIDGESTONE SEBAGAI PEMBEKAL TAYAR HURACAN STO

Lamborghini memilih Bridgestone sebagai pembekal tayar jentera supersports terbaharu, Huracan STO yang bakal diperkenalkan pada tahun hadapan.

Bridgestone membangunkan tayar berprestasi tinggi direka khusus untuk kegunaan Huracan STO yang mampu memaksimumkan daya cengkaman, pengendalian, kawalan serta prestasi keseluruhan kereta supersport itu.

Gabungan teknologi dan rekaan tayar Potenza Bridgestone yang dibangunkan khusus tersebut merupakan kerjasama baharu antara dua gergasi pemain industri automotif.

Bahkan, pembangunan kustom tayar Bridgestone Potenza yang menggabugkan teknologi dan rekaan memiliki persamaan dengan pembikinan Lamborghini Huracan STO.

Kejayaan utama tayar berkenaan dalam memaksimumkan prestasi kereta supersports itu adalah gabungan corak dan reka bentuk rongga serta penggunaan teknologi terkini.

Tayar Potenza menggunakan rekaan bunga yang tidak semetri dalam meningkatkan tindak balas kawalan dan penstabilan selekoh.

Selain itu, struktur dalaman permukaan (crown) tayar pula memastikan agihan tekanan sekata ketika mengambil selekoh.

Melalui ciri-ciri ini dengan dipadankan komposisi pembangunan bunga baharu, ia berupaya meningkatkan cengkaman sekali gus memberi prestasi litar Huracan STO kepada pengguna jalan raya.

Ketika dunia berdepan pandemik Covid-19, Bridgestone dan Lamborghini bekerjasama secara alam maya dalam pembangunan teknologi tayar berkenaan.

Keupayaan Bridgestone dalam pembangunan tayar secara alam maya membuktikan ia sangat penting untuk tayar Potenza mencapai prestasi luar biasa melalui jangka masa tertentu.

Ia berikutan, pengeluar tayar ini perlu menguji beberapa kombinasi dalam persekitaran maya dan mengintegrasikan tingkah laku tayar dalam sistem kenderaan untuk mencari padanan sesuai bagi Lamborghini dengan kaedah pemanduan simulator alam maya.

Proses secara efisien dan mengambil kira kesan persekitaran ini bermula dari awal sehingga akhir pembangunan tayar berkenaan.

Huracan STO akan memulakan produksi pada awal tahun 2021 nanti.

Selain itu, Bridgestone turut menyediakan versi tayar sesuai dengan penggunaan jalan raya dengan menggunakan teknologi perlumbaan untuk memaksimumkan prestasi kenderaan litar terutama ketika berdepan permukaan kering.

“Ini merupakan kali pertama, pasukan kami dapat bekerjasama bersama Lamborghini dengan lebih dekat dalam projek mengujakan.

“Huracan STO merupakan kejuruteraan menakjubkan dan layak memiliki tayar khas yang dapat memenuhi potensi sebenarnya malah saya dapat mengatakan bahawa Bridgestone telah menghasilkan tayar berprestasi tinggi,”  kata Naib Presiden Penggantian Pengguna dan OE di Bridgestone EMIA, Steven De Bock.

Google ads
Back to top button