Buletin

BRIDGESTONE TURANZA T005A DIPILIH SEBAGAI TAYAR OEM UNTUK VARIAN H DAN AV PERODUA ATIVA

Bridgestone Tyre Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. (Bridgestone Malaysia), anak syarikat Bridgestone Corporation mengumumkan bahawa tayar touring premium keluarannya, Turanza T005A telah dipilih sebagai tayar OEM untuk varian H dan AV Perodua Ativa. 

Turanza T005A merupakan tayar premium berprestasi tinggi yang menawarkan perjalanan lancar dengan senyap, selesa dan selamat. Tayar berkenaan telah ditambah baik dari segi melekular apabila Bridgestone memperkenalkan kompaun Nano Pro-Tech. 

Kompaun tersebut direka untuk mengukuhkan ikatan di antara silika dan polimer untuk meningkatkan kawasan sentuhan. Ini sekali gus mengurangkan penghasilan haba dan kehilangan kuasa. Selain menawarkan prestasi lebih baik di atas permukaan jalan yang licin. 

“Kami sangat teruja dengan kerjasama dengan Perodua apabila Turanza T005A dipilih sebagai tayar OEM untuk varian H dan AV Ativa. Tayar ini menjanjikan pemanduan yang lebih selamat dan lancar kepada pengguna,” kata Pengarah Urusan Bridgestone Malaysia, Michael Chung. 

Saiz tayar yang digunakan untuk SUV kompak itu ialah 205/60R17. Ia boleh didapati di kedai Bridgestone Select (B-Select) dan Bridgestone Pro Shop di seluruh negara.   

Google ads
Back to top button