Buletin

BRIDGESTONE ECOPIA H/L 001 BAHARU. TAYAR UNTUK SUV, PILIHAN 43 SAIZ, BERMULA RM294 SEUNIT

Bridgestone baru-baru ini memperkenalkan tayar ECOPIA H/L 001 baharu yang direka khas untuk pemandu SUV yang mahukan keseimbangan dari segi keselamatan, penjimatan bahan api dan tahan lebih lama. 

Dibina menggunakan teknologi dan kompaun termaju Bridegstone, ECOPIA H/L 001 menawarkan keselesaan dan prestasi pengendalian terbaik ketika memandu. 

“Berdasarkan kepada maklum balas daripada pasaran, ciri utama yang dinilai oleh pemilik SUV ketika hendak membeli tayar ialah cengkaman, prestasi di atas jalan basah, jangka hayat dan keselesaan. Tayar ECOPIA H/L 001 memiliki semua kelebihan ini dan menjimatkan bahan api,” kata Pengarah Urusan Bridgestone Tyre Sales (malaysia) Sdn. Bhd., Micheal Chung. 

Berbekalkan kepakaran selama 20 tahun, ECOPIA H/L 001 menawarkan tiga kelebihan berikut: 

  • Cengkaman meyakinkan di atas permukaan basah. Tayar ini direka dengan rekaan chamfered yang telah ditambah baik, sekali gus membolehkannya mencengkam dengan efektif di atas jalan yang basah. Rekaan benang baharu pula menjanjikan pengendalian mantap dan mengurangkan risiko hydroplanning. 
  • Tahan lebih lama. Struktur bahu tayar ini mempunyai rekaan lug lebih dalam bagi mengukukuhkan lagi bahagian dalam tayar dan memanjangkan jangka hayatnya.  ECOPIA H/L 001 juga menampilkan rekaan benang baharu yang menghalang perubahan bentuk tayar dan menjadikannya tahan lebih lama. 
  • Jimat bahan api. Teknologi NanoPro-Tech menawarkan kadar rintangan golekan yang rendah. Ini menyumbang kepada penjimatan bahan api dan mengurangkan pelepasan emisi ke udara.  

Sempena pelancaran produk baharu itu, Bridgestone Malaysia menawarkan rebat ke atas setiap pembelian satu set (empat unit) tayar ECOPIA H/L 001 bermula 1 Ogos hingga 30 September. 

Pelanggan akan menerima rebat sehingga RM80 apabila membuat pembelian di kedai Bridgestone B-Select, kedai PRO atau pengedar sah Bridgesone di seluruh negara. 

Tayar ECOPIA H/L 001 hadir dalam 43 saiz untuk rim bersaiz 15 hingga 18 inci. Harganya pula bermula dari RM294 hingga RM854 seunit. 

Maklumat lanjut, sila klik pautan INI.   

GALERI

Google ads
Back to top button