Buletin

PUSAT 3S TOYOTA DIBUKA DI KULAI

UMW Toyota Motor semalam merasmikan Pusat 3S (Jualan, Alat Ganti dan Servis) Toyota paling lengkap dan terbaru, bertempat di Kulai, Johor. 

pusat-3S-Toyota-Kulai-Mekanika (3)

Majlis pelancaran rasmi premis berkenaan diadakan di Bandar Indahpura, Kulai, Johor. Majlis disempurnakan oleh Pengerusi UMW Toyota Motor, Tan Sri Asmat Kamaludin, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Datuk Takashi Hibi dan Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Pusat 3S Kulai serba baru ini disifatkan sebagai sebuah kemudahan dengan kelengkapan dan fisiliti premium di negeri Johor. Ia disasarkan untuk memberikan perkhidmatan menyeluruh kepada pelanggan di bawah satu bumbung.

Syarikat membelanjakan hampir RM15 juta demi memberikan pengalaman berkualiti buat semua pelanggan Toyota melalui program atau pendekatan yang dikenali sebagai Toyota Quality Experience (TQE).

pusat-3S-Toyota-Kulai-Mekanika (1)

Premis berkenaan didirikan di atas tanah berkeluasan 2.3 ekar dan mempunyai binaan keseluruhan seluas 50,000 kaki persegi. Ia dilengkapi ruang pameran yang mampu menempatkan lima kenderaan. Di samping pusat servis berkapasiti  75 buah kenderaan sehari dan ruang menunggu dengan kemudahan WiFi. UMW Toyota Motor memiliki rangkaian jualan dan selepas jualan paling banyak dengan 97 cawangan, termasuk pengedar di seluruh negara.

Menurut Ismet lagi, perkhidmatan selepas jualan turut mencatatkan pertumbuhan apabila 218,000 kenderaan telah diservis (CPUS) pada tahun lalu di bahagian Selatan. 70 peratus daripada jumlah itu ialah dari Johor yang mencatatkan peningkatan 7 peratus.

“UMW Toyota yakin bahawa industri automotif akan terus giat berkembang. Kami akan mengukuhkan operasi bagi mencapai sasaran jualan melebihi 100,000 unit kenderaan Toyota dan Lexus serta perkongsian pasaran 15 peratus pada tahun ini. Bagi khidmat lepas jualan, kami akan berusaha untuk mencapai jumlah 1.24 juta CPUS,” kata Ismet lagi. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button