Buletin

BRIDGESTONE CORPORATION SAMBUT ULANG TAHUN KE-90

Bridgestone Corporation menyambut ulang tahun ke-90 penubuhannya dengan memperkenalkan logo dan laman khas mengingati pencapaian syarikat terbabit.

Dalam memperingati peristiwa penting itu, Bridgestone akan menggunakan pelbagai medium untuk menyalurkan maklumat berhubung sejarah, DNA korporat sebelum penubuhannya dan inisiatif yang akan dilaksanakan menjelang sambutan ulang tahun ke-100.

Melalui tema “90th an beyond”, syarikat berharap dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pekerja sambil berusaha mencapai visi “Meneruskan memberikan nilai sosial dan pelanggan sebagai syarikat penyelesaian yang mapan menjelang tahun 2050”.

Ketua Pegawai Eksekutif Global dan Wakil Pegawai Eksekutifnya, Shuichi Ishibashi berkata Bridgestone terus mengatasi pelbagai cabaran malah berdepan ketidakpastian dan kekacauan sehingga berkembang menjadi syarikat lebih kukuh.

“Saya sangat menghargai para pelanggan, rakan niaga, komuniti dan beberapa pemegang saham yang terus memberi sokongan kepada Bridgestone sepanjang sejarah penubuhan syarikat.

“Kami akan terus mengekalkan kelestarian sebagai teras pengurusan dalam melangkah usia 90 tahun dan berusaha berkembang menjadi syarikat yang lestari bersama masyarakat dan pelanggan,” katanya.

Kumpulan Bridgestone meletakkan ulang tahun ke-90 penubuhannya sebagai tonggak penting dalam bergerak lebih maju menjelang ulang tahun ke-100.

Dua usaha utama dalam menyambut ulang tahun ke-90 itu merupakan pengenalan logo khas yang menonjolkan pencapaian syarikat dan masa depan termasuk komitmen mengejar inovasi dan kemajuan.

Selain itu, laman khas memperingati peristiwa penting tersebut telah dibangunkan di laman koporat Bridgestone untuk menyalurkan maklumat berhubung DNA syarikat, sejarah dan visi.

Ia boleh dilawati melalui laman web https://www.bridgestone.com/corporate/history/90th_anniversary/.

Google ads
Back to top button