Artikel PilihanBuletin

BUKAN SETAKAT ENJIN, FERRARI ADA TEKNIK MENGECAT PALING CANGGIH DI DUNIA

Ferrari – pembuat kereta sport terulung di dunia ini memang dikenali berhasil membangunkan model-model yang lasak, laju dan terbukti di litar Formula Satu, namun ramai yang tidak nampak di sebalik kereta-kereta hebat ini ada satu benda menarik yang perlu diceritakan.

Selain membangunkan enjin yang berkuasa, Ferrari juga mempunyai teknologi mengecat kenderaan paling canggih di dunia. 

Bermula pada tahun 2004, Ferrari telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat PPG – kumpulan syarikat pengeluar cat berinvasi dan selepas 14 tahun dalam industri, mereka berjaya menghasilkan teknologi yang dikenali sebagai Low Cure. Ia merupakan lapisan akhir cat luar yang digunakan sebagai pelindung cat secara keseluruhan.

Sistem ini menggunakan formulasi khusus lapisan cat luar dengan suhu matang lebih rendah iaitu 100 darjah selsius. Menurut Ferrari mengurangkan penggunaan tenaga dengan banyak malah mengekalkan konstruksi cat serta beberapa kesan positif yang lain. 

Resin yang digunakan bukan sahaja memiliki penebat yang menguatkan lapisan cat malah ia juga boleh melapisi bahan lain seperti gentian karbon, gentian komposit bersama-sama dalam satu badan kereta.

Maksudnya, ia boleh menghasilkan warna yang selari meskipun bahagian kenderaan diperbuat daripada bahan yang berbeza.

Setakat ini, Ferrari telah menghasilkan formulasi ini untuk 61 warna berbeza yang menggunakan asas lapisan metalik samada cat kilat, cat mati atau cat lapisan luar. Ferrari juga mendakwa bahawa cat mereka dijamin akan tahan lebih lama berbanding mana-mana pengeluar kenderaan lain di dunia.

Google ads
Back to top button