Artikel Pilihan

TRAM DI MALAYSIA – MASIHKAH PUNYA HARAPAN?

Lama dahulu sebelum wujudnya mode pengangkutan LRT, MRT, mahupun Rapid KL membawa sehingga ke Rapid Penang, telah wujud sebuah sistem pengangkutan yang boleh dikirakan sebagai efisyen juga di kala itu, tram. Tram ini bergerak dari titik A ke titik B dengan menggunakan landasan yang dibina untuk merentasi laluan utama tengah bandar. Kira macam keretapi lah, tapi dengan versi yang lebih kecil berbanding saiz konvensional sebuah keretapi.

BACA : BUS RAPID TRANSIT (BRT) : JAWAPAN KEPADA KEBERKESANAN SISTEM LALUAN BAS

BACA : MOTOBUS: SOLUSI MENGANGKUT MOTOR KE LUAR KOTA

Perkhidmatan tram mekanikal pertama pertama dikatakan bermula sekitar awal tahun 1880an di beberapa Kota Eropah dan Asia Pasifik seperti Swansea, Munich,  Sydney,  Christchurch dan juga Dublin. Akan tetapi, adalah dipercayai tram pertama yang wujud di dunia bukanlah menggunakan enjin stim, tetapi menggunakan kuasa kuda yang menarik gerabak tram sambil melalui landasan yang telah ditetapkan.

Dan tram berkuasa kuda itu adalah kepunyaan Swansea and Mumbles Railway yang memulakan operasi pada tahun 1807. Ianya beroperasi di antara Swansea dan juga  Oystermouth yang mempunyai pelabuhan. Sudah tentu kehadiran tram di kala itu cukup memberikan manfaat untuk mengangkut barangan dan juga penumpang.

Setelah pengenalan enjin stim, sudah tentu tram ini turut mengalami perubahan revolusi. Daripada penggunaan enjin stim, sehinggalah kepada penggunaan tenaga elektrik sebagai sumber tenaga menggerakkan tram ini.

Barangkali kita biasa melihat dalam kaca tv tentang tram yang wujud di negara barat. Tram satu gerabak dengan imej klasik. Dan ianya bergerak dengan menggunakan roda besi bagi melalui rel laluan yang ditetapkan. Namun, dewasa ini penggunaan tayar getah turut digunakakan yang terbukti sangat berguna untuk memberikan cengkaman ketika melalui laluan mendaki.

Tetapi tahukah, negara kita turut pernah memiliki sistem tram sendiri di Georgetown, sekitar tahun 1906 sehingga ke tahun 1936. Kesan-kesan landsan tram tersebut sebenarnya masih boleh dilihat kalau diperhatikan dengan teliti.

Sebelum ini ada juga ura-ura kerajaan negeri berhasrat untuk menghidupkan kembali tram ini di sana. Tapi senyap pula gayanya. Malah sebelum PRU itu hari, SPAD juga pernah memaklumkan tentang kemungkinan tram wujud untuk menghubungkan kawasan Putrajaya dan sewaktu dengannya.

Untuk Pulau Pinang, barangkali ianya kelihatan agak mustahil untuk dilaksanakan, mengambil kira faktor keluasan jalanraya dan juga kesesakan lalulintas yang boleh tahan melampau. Karang kalau tram ni kena block depan Pasar Chowrasta sebab orang ramai sibuk berhenti tepi jalan nak beli  Jeruk Pak Ali macam mana?

Jadi, berbalik kepada persoalan di atas, berharapankah tram untuk wujud di Malaysia? Jawapannya baik tak payah selagi wujudnya ‘setan-setan’ yang suka parkir kereta tepi jalan dan yang suka potong barisan tak tentu hala ni.

Tapi kalau dah kiri kanan depan belakang penuh dengan tram, agak-agak beranikah nak jadi ‘setan’? Kena sodok dengan tram baru ada akai.

Mungkin jikalau tram ini hendak dibangunkan di Mentakap atau pun Bagan Serai, jauh lebih baik. Amacam?

 

Google ads

B K

Back to top button