Buletin

BULATAN PERTAMA DI KENTUCKY CETUS HURU-HARA. PENDUDUK TAK PANDAI GUNA ROUNDABOUT

Pembinaan roundabout ataupun bulatan merupakan antara mekanisme yang digunakan untuk melancarkan aliran lalu lintas.

Bagaimanapun, penduduk di Daerah Rowan, Kentucky, Amerika Syarikat (AS) berdepan kekeliruan apabila memperoleh bulatan pertama di kawasan mereka sehingga mencetuskan huru-hara aliran trafik.

Secara kasar, sebanyak 4,000 kenderaan melalui laluan Routes 60 dan 801 berdekatan Morehead, Kentucky setiap hari.

Menurut laporan WKYT, sebelum bulatan berkenaan dibangunkan, persimpangan empat itu merupakan lokasi kemalangan walaupun dilengkapi papan tanda berhenti, lampu amaran dan pelbagai peranti kawalan trafik.

Tidak seperti perancangan awal, pembinaan bulatan bertujuan memastikan aliran trafik dapat berjalan dengan lancar tersebut menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada penduduk setempat yang tidak pandai menggunakan kemudahan terbabit.

Seorang pengguna Reddit, EVOSexyBeast telah merakam gelagat para pengguna yang tidak pandai menggunakan bulatan tersebut dengan memuat naik di IdiotsInCars Subreddit.

Melalui laporan TheDrive, keadaan tersebut berlaku disebabkan para pengguna jalan raya berkenaan tidak memiliki pendedahan berhubung konsep bulatan.

Bahkan, pihak berkuasa Kentucky Transportation Cabinet terpaksa memuat naik sebuah video di laman Facebook untuk mengajar secara terperinci bagaimana hendak mengemudi kenderaan menggunakan kemudahan bulatan. – thedrive

Google ads
Back to top button