Motosikal

BERBASIKAL DI LINTASAN SALOMA, PENUNGGANG DIKECAM NETIZEN

Beberapa keping foto yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan penunggang berbasikal di Pintasan Saloma di Kampung Baru jelas mencetuskan kemarahan orang ramai. 

Tindakan mementing diri sendiri itu dilihat sebagai boleh membahayakan keselamatan pejalan kaki dan merosakkan kemudahan awam. Apatah lagi, sudah ada papan tanda yang melarang aktiviti menunggang basikal terpampang di sana. 

Memberi respons terhadap perkembangan itu, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) memohon kerjasama warga kota agar mematuhi peraturan demi memastikan keselamatan pengunjung serta memelihara struktur mercu tanda ibu kota itu.

PKB dalam satu kenyataan mengingatkan bahawa penunggang hanya dibenarkan menuntun basikal semasa melalui laluan pejalan kaki bertingkat ikonik sepanjang 370 meter yang menghubungkan Kampung Baru ke KLCC itu.

“Harapan PKB menjadikan Pintasan Saloma sebagai ‘Ikonik Pelancongan Baharu’ yang menjadi daya tarikan pelancong bukan sahaja di Malaysia, tetapi di peringkat dunia.

“Oleh yang demikian PKB mohon kerjasama semua pengguna basikal yang melalui Pintasan Saloma agar bersama-sama mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan bersama-sama menjaga ikonik pelancongan baru di Kuala Lumpur, ” kata PKB. – Bernama 

Google ads
Back to top button