Buletin

PESARA PANDU SKUTER DI TEROWONG LEBUH RAYA. PUNCA KESESAKAN LALU LINTAS

Seorang pesara menjadi punca kesesakan lalu lintas apabila memandu skuter mobiliti di lebuh raya, Sepanyol .

Lelaki berusia 88 tahun itu ingin pulang ke rumah menggunakan laluan paling pantas melalui terowong Julio Luengo di Gran Canaria.

Dalam rakaman video yang dikongsi, skuter dipandu dengan perlahan di laluan laju malah tanpa membuka lampu menyebabkan kenderaan berderet di belakangnya.

Mengikut rakaman, skuter dipandu pada kelajuan 8 km/j sahaja dan kedengaran bunyi hon daripada pengguna jalan raya.

Akhbar Sepanyol, La Provincia berkata pihak polis dipanggil dan terpaksa mengawal pergerakan pesara tersebut dari belakang.

Mereka memasang lampu keselamatan dan memandu dengan perlahan sehingga keluar dari terowong bagi memastikan keselamatan warga emas terbabit.

Menurut lelaki itu, dia tidak menyedari telah melakukan kesalahan dengan menggunakan terowong malah pihak polis tidak mendakwanya.

Skuter mobiliti dan pejalan kaki tidak dibenarkan menggunakan terowong berkenaan kerana boleh mengundang bahaya.

Pihak berkuasa Gran Canaria memberi peringatan kepada pejalan kaki bahawa mereka sama sekali tidak dibenarkan menggunakan terowong itu. -agensi

Google ads
Back to top button