
MISTERI RAKAMAN DASHCAM ‘KANAK-KANAK’ LINTAS LEBUH RAYA GELAP
Seorang pemandu terkejut apabila berdepan dengan ‘kanak-kanak’ di tengah Lebuh Raya Hume, Selatan Australia dalam keadaan gelap.
Dia yang mengelak kelibat terbabit terus dibelenggu rasa misteri apatah selepas pihak polis gagal menemui ‘kanak-kanak’ tersebut tanpa sebarang kesan.
Lelaki itu, Mitch Kuhne berkata, dia menerima panggilan daripada polis mengatakan bahawa kanak-kanak tersebut telah dijumpai.
Bagaimanapun, polis Australia kemudian mengesahkan bahawa tiada panggilan sedemikian dan kanak-kanak tersebut tidak pernah dijumpai.

Dalam kejadian itu , Kuhne hampir melanggar sosok dipercayai seorang ‘kanak-kanak’ yang tiba-tiba melintas di hadapan kenderannya.
Risau akan keadaan mangsa, Kuhne menghubungi polis negeri New South Wales (NSW) kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan).
Beberapa anggota kemudian tiba dan mencari kanak-kanak tersebut di sekitar lokasi kejadian, namun gagal menemuinya. Pasukan polis menghentikan operasi mencari pukul 3.45 pagi Isnin lalu.
Namun, misteri itu berterusan apabila Kuhne berkata, dia menerima panggilan telefon daripada polis mengatakan bahawa kanak-kanak itu telah dijumpai dalam keadaan selamat.
“Saya diberitahu oleh seorang anggota polis bahawa saya tidak perlu menghantar lokasi saya terserempak dengan kanak-kanak tersebut kerana dia telah dijumpai dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
“Saya mulanya amat risau namun berasa lega apabila mendapat tahu kanak-kanak tersebut telah dijumpai.
“Namun, kerisauan saya memuncak apabila polis mengatakan bahawa mereka tidak pernah memberitahu perkara itu. Ia amat mengejutkan kerana saya merekodkan perbualan tersebut!” katanya.
Polis NSW mengesahkan pihaknya tidak menjumpai kanak-kanak tersebut dan tidak menghubungi Kuhne bagi memberitahu bahawa mangsa telah dijumpai. – yahoonews/agensi
- BACA: 80 KOLEKSI KENDERAAN TERMASUK KERETA MISTERI BERNILAI RM16 JUTA RENTUNG
- BACA: INILAH MASANYA UNTUK MEMBELI HYPERCAR MISTERI TERBARU MCLAREN – KALAU MAMPU
- BACA: MISTERI NUSANTARA KERETA TOYOTA. REKAAN MACAM NI PUN ADA??
- BACA: KEBAKARAN MISTERI MUSNAHKAN BENGKEL PENUH DENGAN NISSAN GT-R, MITSUBISHI EVO DI BELANDA









