Buletin

GEELY AUTOMOBILE BAKAL JADI RAKAN STRATEGIK PROTON

Proton hampir menemui rakan kongsi baru untuk meneruskan operasi perniagaan mereka. Seperti yang dilaporkan oleh portal akhbar berbahasa Inggeris, The Star hari ini, mereka mendakwa Geely Automobile Holdings Ltd dalam senarai terakhir dari kesemua 14 calon awal.

Bulan lepas, Dato Ahmad Fuaad Kenali memberitahu media bahawa mereka dalam proses akhir menerusi senarai pendek yang telah dimuktamadkan. Gergasi automotif China Geely bersama kumpulan automotif Perancis PSA Group dan Renault SA merupakan calon terakhir yang akan dimuktamadkan perbincangannya menjelang April nanti.

BACA: PROTON DAN CABARAN HARI ESOK

BACA: PROTON PUTRA WRC-SEJARAH DILUPAKAN

Sebagai pembuat pengusaha industri berkepentingan nasional, Proton dilihat berhati-hati dalam proses memilih rakan terbaru ini. Geely Automobile dikatakan berminat untuk memiliki 51 peratus pegangan saham dalam fasiliti kilang Proton di Tanjung Malim.

Sudah tentu, ia adalah situasi menang-menang bagi Proton dan Geely yang mempunyai perancangan masa hadapan berbeza. Geely melihat potensi hub pengeluaran Proton untuk mengembangkan perniagaannya di negara-negara ASEAN. Proton pula memiliki kepakaran dan lebih mengetahui pasaran kenderaan penumpang di rantau ini.

 

 

Google ads
Back to top button