Buletin

BENTLEY LE MANS SPORTS 1928 DIJANGKA DILELONG PADA HARGA RM31 JUTA!

Kita memang tahu kereta Bentley memang mahal. Sama ada model Bentayga, Continental GT atau Mulsanne, semuanya boleh mencecah ratusan ribu di pasaran luar.

Tetapi, semua itu tidak semahal model klasik yang dikenali sebagai Bentley Le Mans  Sports bersesaran 4½ liter dijangka dilelong pada harga AS$7 juta (RM31 juta)!

Jentera zaman sebelum perang yang rare itu dijadual dilelong  pada acara Amelia Island Concours d’Elegance oleh pihak RM Sotheby’s Mac depan.

BACA: MODEL PRODUKSI TERPANTAS BENTLEY – CONTINENTAL SUPERSPORTS, 710HP!

Disifatkan sebagai model Bentley paling penting pernah dihasilkan dan masih wujud,   Bentley Le Mans Sports tahun 1928 itu mempunyai nombor chasis KM3088.

Jentera itu telah menyertai perlumbaan Le Mans sebanyak dua kali dan berada di tempat ketiga pada tahun 1929. Ia juga menduduki tempat kedua dalam acara Brooklands Double Twelve pada tahun yang sama.

Selepas itu, ia dijual kepada pemilik persendirian dan dijaga selama 40 tahun oleh keluarga Rose. Memiliki dokumen yang lengkap dan telah direstorasi sepenuhnya Bentley Le Mans Sports djangka tidak berdepan masalah mencatat jualan setinggi itu.

GALERI

 

Google ads
Back to top button