Buletin

MEMPERKENALKAN ALPHARD CHINA – YEMA SPICA. APA LAGI TOYOTA MAHU?

Begini. Di China, pasaran MPV kompak sedang berkembang dengan sangat pesat. Ia rentetan dari permintaan tinggi dari pasaran sebelumnya SUV. Dari saiz besar 7 kerusi hingga ke SUV kompak dan kemudiann kelihatan beralih arah ke pasaran MPV bersaiz kecil. Ya. anda tak salah baca, MPV bersaiz kecil seperti Alza.

Ingat lagi Chery pernah bawa masuk MPV tinggi kurus beberapa tahun lepas? Apa nama entah Abang Japar lupa tapi begitulah tentang pasaran China. Walaupun rupanya kurus seperti Sofi Jikan, tetapi ia adalah pasaran khusus di pasaran Tanah Besar China.

BACA: SYARIKAT CHINA SAMAN MERCEDES

Nampak macam Toyota Alphard kan? Ya. bagi syarikat kecil seperti Yema, buat apa membazir R&D dan inilah gayareka syarikat yang menamakan model mereka sebagai Spica.

Walaupun meniru rekaan luar MPV premium Jepun Toyota Alphard, sebenarnya MPV ini lebih kecil, bersaiz 4580mm Panjang X 1730mm lebar X 1825mm tinggi. Atau kira-kira saiz sebuah Perodua Rusa.

Ia akan mula memasuki pasaran demostik China pada penghujung tahun ini dengan harga RM51,000.

Yema Spica dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo dengan transmisi manual 5 kelajuan. Enjin dengan ekstrak kuasa 112 kuda ini adalah trend pembuat China yang semakin mengecilkan enjin dengan bantuan induksi pendesak turbo.

Sumber

Carnewschina.com

GALERI

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”12″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]
Google ads
Back to top button