Buletin

KUASA KUDA VS KUASA ANJING – KAU RASA MANA YANG LAGI LAJU?

Ya, anda tidak salah baca. Ini memang perlumbaan di antara kuasa kuda dengan kuasa anjing.

Tetapi, ini bukan sebarang anjing. Sebaliknya ia merupakan sekumpulan anjing baka husky yang merupakan juara dalam pertandingan sled dog di Eropah.

Sebenarnya, ia juga sebahagian daripada latihan sebelum anjing-anjing tersebut bersaing dalam kejohanan musim sejuk di Terowong Ski Vesileppis, Finland.

Dianggarkan 50 peratus pelanggan Land Rover di seluruh dunia mempunyai anjing atau sentiasa membawa rakan baik mereka itu. Jadi, Land Rover ingin menguji sendiri keupayaan kuasa anjing dengan menguji mereka di sebuah terowong salji bawah tanah di Finland.

Cabaran unik itu disahut oleh SUV Discovery Sport yang memberi saingan sengit kepada juara perlumbaan jarak sederhana Laura Kääriäinen bersama enam ekor anjingnya. Kääriäinen dilapor berjaya mencatat kelajuan sekitar 35.4km/j di litar yang sangat licin itu.

Selepas menghabiskan dua pusingan di litar tersebut, Discovery Sport memenangi saingan itu dengan jarak yang cukup hampir.

“Salji ielah permukaan yang paling sukar dilalui. Discovery Sport terbukti menawarkan pemanduan yang selesa. Teknologi Terrain Response dan sistem pacuan empat roda pintar memastikan jentera ini kekal stabil biarpun di atas jalan yang licin,” kata Ketua Jurutera Sistem Kawalan Kestabilan Jaguar Land Rover, Karl Richards.

Google ads
Back to top button