Buletin

SYARIKAT CHINA SAMAN MERCEDES KERANA LANGGAR HAKCIPTA – KELAKAR KAN?

Ini memang satu berita yang kedengarannya lucu tapi benar. Syarikat pengeluar kenderaan dari China, Chery kini dalam proses menyaman Mercedes-Benz kerana didakwa melanggar hakcipta. Apa yang melucukan ialah Chery sendiri sebelum ini dikatakan kerap kali meniru rekaan model-model ternama lain dan pernah disaman atas alasan yang sama. dah sekarang terbalik pulak.

Sebenarnya bukan hanya Chery tetapi banyak lagi syarikat China lain yang banyak meniru model-model ternama lain. Tiada apa yang perlu dihairankan kerana usaha plagiat syarikat-syarikat China ini seolah-olah mendapat restu daripada kerajaan mereka sendiri.  Tiada usaha dan larangan daripada kerajaan berkaitan isu ini di China. Kini mereka pula dengan selamba menuduh Mercedes-Benz meniru model keluaran mereka.

Ia seolah membalas saman yang difailkan oleh Jaguar Land Rover terhadap Jiangling Motor dari China yang menciplak rekaan Range Rover Evoque untuk menghasilkan Land Wind X7 (nasib baik bukan RX-7).

Malangnya Jaguar Land Rover mungkin tidak bernasib baik kerana saman yang difailkan di mahkamah tempatan di China mereka kalah. Mercedes bagaimanapun mungkin tidak bernasib baik kerana mereka merupakan syarikat asing di China.

Jika dilihat secara adil, dakwaan Chery mempunyai asas yang tersendiri. Saman tersebut berkaitan dengan model terbaru kereta elektrik Mercedes yang dinamakan EQ yang hampir menyamai model kompak Chery yang dinamakan eQ.

Chery eQ merupakan kereta elektrik empat-pintu yang telah dipasarkan di China selama dua tahun. Mungkin satu kebetulan Mercedes menggunakan nama yang sama untuk barisan model elektrik keluaran mereka.

Penggunaan nama tersebut oleh Mercedes tentu sekali akan menggugat syarikat-syarikat kecil seperti Chery yang turut memasarkan model-model elektrik. Kemampuan syarikat-syarikat kecil lain tidak akan setanding dengan gergasi automotif seperti Mercedes-Benz.

mercedes EQ

Nama EQ Mercedes asalnya diasaskan daripada perkataan IQ yang bermaksud “Electric Intelligence”. Ia merupakan sebuah model berteknologi tinggi dengan kemampuan pemanduan bebas pemandu dan hanya menggunakan elektrik. Berbeza jauh dengan eQ yang mempunyai 57 kuasa kuda dan jarak operasi 200 kilometer. Harganya juga hanyalah sekitar USD9,600 sahaja.

EQ juga merupakan jawapan Mercedes kepada model-model “i” keluaran BMW. Jika Chery memenangi saman ini, Mercedes terpaksa memerah otak kembali untuk memikirkan nama yang sesuai walaupun mungkin hanya untuk pasaran China.

 

Kelakar kan?

Google ads
Back to top button