Buletin

“KUALITI SUV PROTON-GEELY SEBAIK JENAMA EROPAH” – TUN MAHATHIR

Sewaktu majlis menandatangani perjanjian persefahaman mengenai kemasukan Proton ke negara China, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed ditanya tentang pandangan beliau tentang Geely.

“Ketika kami memulakan projek kereta Nasional, Geely tak wujud pun. Tapi lihatlah apa yang syarikat ini capai pada hari ini.”

BACA: PROTON BAKAL MASUK PASARAN CHINA

Ditanya tentang komen beliau tentang SUV Proton yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Tun Mahathir mendakwa ia sebuah SUV yang bagus.

Proton bakal melancarkan SUV yang diambil daripada Geely model Boyue tidak lama lagi.

“SUV yang paling saya suka pandu ialah Volkswagen Tiguan. Ia adalah SUV jenama Eropah, sedap dan mudah dipandu. Tapi bila pandu Geely, saya rasa kagum dengan kualiti SUV dari China ini. Ia sudah jauh maju dan kualitinya hampir sama dengan standard buatan Eropah,”

Tun juga mengakui syarikat automotif China kini bukanlah seperti yang dulu. Mereka sudah bina mereka yang berkualiti dan menepati standard global.

“Dengan bantuan Geely juga, kami berharap Proton dapat menerokai bukan sahaja pasaran China, malah ke benua lain juga.

 

 

Google ads
Back to top button