Buletin

PROTON CIPTA SEJARAH. BAKAL TEROKAI PASARAN NEGARA CHINA

Sejak menandatangani perjanjian perkongsian strategik Proton-Geely pada Jun tahun lalu, Proton kini di landasan yang betul untuk memulihkan semula prestasinya.

Biarpun ramai yang sinis dengan kerjasama ini, ia tidak pernah melunturkan semangat kerjasama yang dimeterai lebih setahun yang lalu malah dalam satu majlis perjanjian pagi ini, bagi kami pengamal media, ia satu berita yang cukup mengejutkan.

Lawatan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini adalah bagi menyaksikan menjalinkan kerjasama menang-menang terhadap projek terbaru Proton-Geely.

Kedua-dua syarikat telah bersetuju untuk mengembangkan pasaran mereka dalam segmen kereta penumpang di mana Proton akan diberi peluang untuk memasarkan kenderaan mereka di China.

Ia bukanlah yang pertama kali dibuat, malah Proton pernah bekerjasama dengan Youngman dan Goldstar untuk pemasaran kereta Proton Gen2 dan juga projek Lotus (yang tergendala) lebih 10 tahun yang lalu.

Perjanjian yang ditandatangani hari ini akan menyaksikan dimensi baru halatuju Proton dengan akses yang jauh lebih baik. Kedua-dua syarikat Proton-Geely akan menubuhkan syarikat kerjasama (JV) baru yang bertanggungjawab untuk kereta Proton khusus pasaran China.

Majlis ini ditandatangani oleh Pengerusi Kumpulan Zhejiang Geely Holding Group (ZGH) Encik Li Shufu dan dalam ucapannya memberitahu;

“Hubungan antara China-Malaysia pada masa kini berada di peringkat pembangunan penting. LawatanTun Mahathir ke China merupakan saat yang dinanti-nantikan, lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri dapat menyaksikan majlis menandatangani yang penting ini antara ZGH dan PROTON yang akan meningkatkan hubungan sedia ada kami ke peringkat seterusnya.

“Ini adalah penting untuk pembangunan PROTON yang lebih baik dan untuk meningkatkan kapasiti R&D inovatif sedia ada.

“Hari ini, dengan sokongan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia, kedua-dua pihak telah memutuskan untuk terus mencari peluang bagi memperluaskan lagi kerjasama strategik mereka. Ini berdasarkan kerjasama yang berjaya untuk membantu PROTON memasuki pasaran China, yang merupakan pilihan strategik untuk kedua-dua pihak.

“Pada masa ini, industri automotif global sedang melalui tempoh peralihan. Industri utomobil mempunyai ciri-ciri terbuka, kerjasama dan keselarasan. Ini adalah satu-satunya cara bagaimana syarikat kereta boleh mencapai pembangunan yang mampan.

“Bagi mereka yang bercita-cita untuk mencipta kenderaan dengan sendiri tanpa berkongsi atau berniat untuk melakukan apa-apa kerjasama nescaya akan gagal.

Tags
Google ads
Back to top button