BVG PERKENAL TIKET ‘GANJA’ BOLEH DIMAKAN. BAGI TENANG SIKIT LAYAN PERJALANAN SEMPENA KRISMAS
Pengendali pengangkutan awam Berlin, BVG memperkenalkan ‘tiket hemp’ yang boleh dimakan bagi membantu mengurangkan tekanan perjalanan pada waktu Krismas.
Syarikat berkenaan memiliki reputasi dalam memperkenalkan kempen-kempen promosi ‘nakal’.
BVG berkata tiket berkenaan tidak mengandungi bahan larangan dan diperbuat menggunakan kertas yang boleh dimakan dititis minyak hemp (ganja) diperoleh daripada biji ganja.
Minyak hemp digunakan dalam pembuatan tiket tersebut tidak mengandungi cannabidiol (CBD) atau tetrahydrocannabinol (THC) yang merupakan sebatian kimia untuk membangkitkan perasaan lalok.
Tiket berkenaan berharga 8.80 euro (RM42) yang boleh digunakan selama 24 jam hanya dijual selama satu minggu sahaja.
Ia turut menyelit mesej berbunyi:-
“Pada tempoh sambutan Krismas yang penuh tekanan, naik bas ataupun pengangkutan bawah tanah”. – reuters