Buletin

BUGATTI LA VOITURE NOIRE HIASAN KRISMAS PALING MAHAL DI DUNIA. BERNILAI 54 JUTA!!!

Penularan pandemik Covid-19 telah membantutkan persiapan Krismas hampir di seluruh dunia termasuk Molsheim, Perancis yang merupakan ibu pejabat Bugatti.

Begitupun, pengeluar kenderaan berkenaan mempunyai cara tersendiri dalam menyambut sambutan perayaan Krismas dengan menampilkan hiasan paling mahal di dunia menggunakan model La Voiture Noire.

Jentera hypercar bernilai AS$13.4 juta (RM54.14 juta) itu diletakkan dalam ruang pameran berkaca bersebelahan pokok Krismas di bandar terbabit.

“Saya sangat berterima kasih kepada Bugatti kerana pemberian hadiah menakjubkan untuk bandar kami.

“Kini, penduduk Molsheim berpeluang mengagumi hasil karya unik La Voiture Noire dengan lebih dekat, yang dibanggakan oleh Ettore Bugatti, kata Datuk Bandar Molsheim, Laurent Furst.

La Voiture Noire diperkenalkan pada Geneva Motor Show tahun lalu, membawa maksud The Black Car dihasilkan khas bagi menandakan ulang tahun ke-110 Bugatti.

Ia juga dibangunkan sebagai penghormatan kepada model Type 57 SC Atlantic yang dihasilkan oleh Jean Bugatti, model itu hilang pada Perang Dunia Kedua dan tidak pernah dijumpai sehingga kini.

Hypercar itu mendapat khidmat enjin W16 8.0-liter quad-turbo yang mampu menjana kuasa sehingga 1,479hp dan tork 1,600Nm. -carscoops

Google ads
Back to top button