
PUSING-PUSING TIDUR DALAM BAS. PERJALANAN 5 JAM,TIKET BERMULA RM54
Syarikat berpangkalan di Hong Kong menyediakan perkhidmatan baharu iaitu tidur di dalam bas.
Menurut laporan AP, perkhidmatan dikenali sebagai Sleeping Bus Tour itu mengenakan bayaran tiket bermula daripada AS$13(RM 53.94) dan AS$51 (RM 211.62) untuk seorang penumpang.
Ia bergantung kepada kedudukan tempat duduk di dalam bas dua tingkat tersebut.
Harga tiket termasuk beg goodie yang didatangkan bersama penutup mata dan plug telinga bagi memastikan tiada gangguan sepanjang perjalanan ketika para penumpang menikmati ‘mimpi’ indah di dalam bas.
Perjalanan tour berkenaan mengambil masa selama lima jam dan akan menjelajah sekitar Hong Kong.
Bahkan, bas itu akan berhenti pada lokasi yang memiliki daya penarik untuk para penumpang merakam gambar untuk diabadikan di dalam media sosial.
Perkhidmatan terbaharu itu mula diperkenalkan pada bulan September lalu malah perjalanan sulung Sleeping Bus Tour mendapat sambutan di luar dugaan apabila habis terjual. – autoevolution/independent