Buletin

MODENAS RAIKAN PEMENANG PULSAR DAREVENTURE

PULSAR DAREVENTURE, satu siri rancangan realiti antarabangsa yang menampilkan edisi Asia Tenggara melabuhkan tirainya dengan pengumuman pemenangnya hari ini.

Rancangan ini memaparkan 10 orang pelumba yang beraksi dalam perlumbaan di pelbagai permukaan jalan yang mempamerkan keutuhan jentera Modenas Pulsar NS200.

Cabaran ini bermula di Selangor kemudian ke Perak, Pahang dan berakhir di Putrajaya sebagai pusingan akhir.

Rancangan realiti motosikal yang pertama di Malaysia, Pulsar Dareventure yang dibawakan oleh MODENAS telah sampai ke penghujung dengan pengumuman juaranya yang bergelar Pulsar Dareventurer Malaysia.

Selepas Nepal, Sri Lanka dan Peru, ini merupakan edisi pertama acara ini dianjurkan di Asia Tenggara. Rancangan realiti ini telah memaparkan persaingan antara penunggang-penunggang motosikal tempatan bagi merebut hadiah wang tunai bernilai RM5,000 beserta sebuah motosikal Modenas Pulsar NS200.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Di penghujungnya, Leong Choon Yip, peserta yang berasal dari Puchong, Selangor telah dinobatkan sebagai juara program realitiini. Tempat kedua jatuh kepada Paavigness Rao A/L Chandarh Roodari Jempol, Negeri Sembilan dan Nik Norparhana Yasmin Binti Nik Wel dari Kepala Batas, Pulau Pinang ditempat ketiga. Kedua-dua mereka turut membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000 dan RM1,500 atas hasil usaha mereka.

Ketiga-tiga pemenang ini melahirkan rasa gembira dan bertuah kerana menjadi sebahagian daripada acara menarik ini.

“Berpeluang menjadi sebahagian dari Pulsar Dareventurer pertama di Asia Tenggara sudah pun satu pengalaman yang cukup mengagumkan, tetapi untuk benar-benar memenanginya adalah sesuatu yang saya tidak pernah impikan! Pengembaraan ini amat menyeronokkan dan memuaskan, dan menerusinya saya juga telah dapat menjalinkan persahabatan dengan ramai kenalan baharu yang mempunyai minat yang sama,” ujarLeong.

Sepanjang 8 episod sesi pengambaran pertandingan ini, para peserta berpeluang mengembara ke destinasi-destinasi dengan panorama yang menakjubkan, membuatkan pengalaman ini lebih istimewa lagi.Peserta-peserta telah bersaing hebat di dalam pelbagai cabaran yang merentasi beberapa buah negeri,menunggang motosikal Modenas Pulsar NS200 menerusi pelbagai pengembaraan dari Selangor melalui negeri Perak, Pahang dan ke Putrajaya.

Mereka telah mengembara ketempat-tempat dengan laluan yang mencabar seperti Speedway PLUS Circuit di Subang Jaya, Bukit Pasir di Rawang, SWAT Paintball di Janda Baik Pahang, Tanjung Tualang Tin Dredge di Batu Gajah. Kellie’s Castle, Hoga Gaharu Tea Valley di Gopeng, dan Putrajaya Challenge Park. Episod di Hoga Gaharu Tea Valley khususnya memberi mereka peluang untuk menguji kemahiran menunggang motosikal mereka di luar zon keselesaan masing-masing.

Salah satu faktor yang menjadi keunikan pertandingan ini adalah cabaran-cabaran yang berlainan bagi setiap episod seperti bermain ‘paintball’ sambil menunggang motosikal, kuiz sejarah dan bekerjasama dalam kumpulan dengan peserta-peserta lain. Kesemua cabaran-cabaran ini bukan sahaja menguji kemahiran menunggang peserta, malahan turut menguji kemampuan dalam merancang strategi,ketahanan fizikal serta kebolehan berpasukan mereka. Ia memberikan pengalaman yang menyeronokkan untuk para peserta dan juga para penonton

Setiap episod dalam pertandingan ini, bermula dari pemilihan peserta, penyingkiran mingguan dan pengumuman juara telah disiarkan di saluran YouTube MODENAS Malaysia bermula pada bulan Februari 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata bahawa program ini berjaya mencapai sasaran dalam mempamerkan keupayaan motosikal.

“Kami amat gembira dan bangga dapat menjayakan rancangan realiti Pulsar Dareventure ini. Rancangan ini telah menjadi satu platform untuk mempamerkan fleksibiliti, ketahanan dan kekuatan Modenas Pulsar NS200 dan pada masa yang sama, ia dapat mendekati peminat-peminat motosikal di Malaysia melalui aktiviti yang menarik dan menyeronokkan.” ujar Roslan.

“Modenas Pulsar NS200 adalah motosikal yang terbaik dalam kelasnya, di mana kemampuannya adalah lambang kepada semangat penunggang yang dahagakan cabaran.Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan Bajaj Auto Limited dalam membawakan sesuatu yang baharu dan menarik untuk Malaysia dan peminat-peminat motosikal di Malaysia khususnya”, tambah beliau.

Roslan berharap Pulsar Dareventure akan merubah dan meningkatkan budaya menunggang motosikal di Malaysia, dengan adanya rancangan realiti seperti ini, peminat motosikal di negara ini dapat mencari platform untuk meningkatkan kemahiran menunggang mereka.

Anurag Sharma, PengurusJualan Nasional Bajaj Auto Limited menjelaskan bagaimana Pulsar Dareventure wujud.

“Idea untuk Pulsar Dareventure lahir secara tidak sengaja menerusi perbincangan di bilik pameran Bajaj. Ia merupakan satu langkah berani dalam membawa keseronokan serta memberi kami peluang untuk mempamerkan kemampuan motosikal tersebut. Bagi kami, Pulsar Dareventure lebih dari sekadar menunggang motosikal. Ianya telah dicipta khas untuk mereka yang gemarkan cabaran untuk meningkatkan lagi tahap kemahiran dan keyakinan mereka, danpada masa yang sama mendalami semangat menunggang yang sejati” kata Anuraj

“Kami amat gembira bekerjasama dengan MODENAS di Malaysia dalam membawa Pulsar Dareventure ke Asia Tenggara. Sambutan dan sokongan menggalakan yang diterima untuk rancangan ini turut membakar semangat kami untuk menampilkan lebih banyak aktiviti-aktiviti menarik di Malaysia pada masa akan datang,”tambah beliau.

Tags
Google ads
Back to top button