Buletin

CARLOS GHOSN LETAK JAWATAN DI RENAULT!

Setelah lebih dua bulan kes tokoh terkenal Carlos Ghosn di Nissan tercetus, dan kemudiannya disingkir dari syarikat itu dan Mitsubishi,  beliau akhirnya meletakkan jawatan di Renault.

Ahli lembaga pengarah (ALP) Renault telah bermesyuarat pada 24 Januari dan mengambil maklum keputusan Carlos Ghosn untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

ALP juga menyanjung rekod pencapaian Alliance (Perikatan) yang mana telah menjadi peneraju dalam syarikat pengeluaran kereta.

ALP juga telah membuat keputusan untuk menyediakan Renault struktur tadbir urus baharu dan pemisahan fungsi di antara Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif.

Lembaga Pengarah juga telah memilih Jean-Dominique Senard sebagai Pengarah baharu dan mengundi beliau sebagai Pengerusi.

Thierry Bolloré pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Jean-Dominique Senard dan Thierry Bolloré.

Berikut ialah perkembangan pengurusan baharu di Renault:

  • Sebagai tambahan kepada fungsi biasa yang dilakukan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, Pengerusi baharu akan membuat penilaian dan jika perlu menukar tadbir urus Renault dalam memastikan peralihan kepada struktur baharu
  • Beliau akan membentangkan cadangan perubahan tadbir urus lembaga pengarah kepada ALP sebelum Mesyuarat Agung Pemegang Saham
  • Sebagai tambahan, ALP juga berhasrat untuk menyelia secara aktif fungsi Perikatan dan membuat keputusan untuk memberikan Pengerusi sepenuh tanggungjawab dalam mengurus Perikatan bagi pihak Renault dengan perhubungan di antara CEO
  • Dalam kapasiti ini, Pengerusi ALP akan menjadi orang hubungan utama bagi rakan dari Jepun dan rakan kongsi Perikatan yang lain untuk sebarang perbincangan mengenai organisasi dan perkembangan Alliance
  • Beliau akan mencadangkan kepada Lembaga Pengarah sebarang perjanjian Perikatan baharu yang dianggapnya bermanfaat untuk masa depan Renault.
  • Beliau akan menjadi wakil utama Renault dalam badan pengurusan Perikatan dan di Nissan di mana Renault mempunyai hak percadangan
  • CEO akan menyelaras untuk syarikat itu aktiviti Perikatan dalam bidang operasi di bawah seliaan kuasa Pengerusi

ALP menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan baharu dan mengucapkan selamat maju jaya dalam misi mereka.

Kesimpulan daripada keputusan ini ialah mudah sahaja, tugas Pengerusi dan CEO dipisahkan dan bukan seperti dahulu lagi.

Pengerusi berada di atas CEO dan tiada lagi kuasa mutlak.

BACA: INI KENYATAAN RASMI CARLOS GHOSN TENTANG DAKWAAN SKANDAL DI NISSAN (WAJIB BACA)

Tags
Google ads
Back to top button