Motosikal

SERLAHKAN GAYA KLASIK ANDA DENGAN HONDA CB1100 RS – RM75,999 SAHAJA

Boon Siew Honda nyata mengujakan peminat jentera moden klasik dengan pelancaran Honda CB1100 RS serba baharu.

Ia menjadi penambahan terkini dalam barisan model berkuasa tinggi Honda di Malaysia. CB1100 RS mempunyai gaya sebuah motosikal sport tahun 70-an.

Ia tampil dengan tangki minyak yang dihasilkan tanpa kesan pateri dan diserlahkan lagi dengan kehalusan pertukangan tangan.

Lampu utama tunggal berbentuk bulat dan dua dial instrumen memberikan siluet yang tidak ditelan zaman. Semua lampu kini adalah LED untuk rekaan yang lebih moden.

Jentera yang menawan ini dikuasakan oleh enjin DOHC empat injap empat lejang dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 1,140cc. Ia mampu menjana kuasa mencecah 66kW pada 7,500rpm dan tork 91Nm pada 5,500rpm.

Gayaan sporty CB1100 RS disokong oleh chasis yang menggunakan geometri lebih tajam, selain dipadankan dengan suspensi hadapan Showa Dual Bending Valve (SDBV) yang lebih keras dan Twin Showa remote reservoir rear shocks.

Ia juga dilengkapi rim tempaan aluminium bersaiz 17 inci, dual radial-mount four-piston brake calipers dan ABS untuk tunggangan lebih baik.

Posisi tunggangan yang lebih rendah dan kompak menolak berat penunggang ke hadapan, sekali gus menyempurnakan lagi perubahan chasis tersebut.  

CB1100 RS boleh didapati dalam warna hitam metalik (Darkness Black Metallic) dan perak metalik (Mat Beta Silver Metallic) bersama kemasan yang cukup teliti. Harganya? RM75,999 seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button