
CFMOTO 1000MT-X, 199KG, 111HP/105NM TERATAS DALAM SIRI MT
CFMOTO memperkenalkan 1000MT-X di EICMA 2025 sebagai model baharu yang berada di kedudukan tertinggi dalam siri MT.
Ia menggunakan platform enjin selari berkembar 946.2 cc, yang menghasilkan 111 hp pada 8,500 rpm dan 105Nm pada 6,250 rpm.
199 kg dan 56 kg

Pembangunan enjin ini disempurnakan selepas ujian ketahanan melebihi 100,000 km.
Sistem Bosch MSE 9.0 EFI membantu menghasilkan penyampaian kuasa linear dan tindak balas pendikit yang lancar.
Nampak sarat namun 1000MT-X adalah ringan, dengan berat enjin sekitar 56 kg, hasil binaan yang menggunakan kotak engkol aloi ringan dan aci sesondol yang dibentuk dengan ketepatan.
Berat kering keseluruhan ialah 199 kg.
Jarak Tunggang & Ergonomik
1000MT-X direka untuk perjalanan jauh dengan tangki 22.5 liter membolehkan jarak tunggangan melebihi 450 km.
Bentuk bahagian atas yang tirus serta pelana dua bahagian membantu memberikan keselesaan dan kawalan sama ada ketika duduk atau berdiri.
Ketahanan dan Komponen

1000MT-X menggunakan rim aluminium gred 7-series, yang menawarkan kekuatan tegangan 67% lebih tinggi berbanding aloi biasa.
Ia dipadankan dengan tayar Pirelli Scorpion Rally STR untuk cengkaman. Komponen premium termasuk suspensi KYB boleh laras penuh dan sistem brek Brembo.
Elektronik dan Ciri Tambahan
Sebagai ciri standard, model ini menggunakan Bosch 6-axis IMU untuk mengurus lima mod tunggangan, ABS, Dynamic Traction Control dan fungsi lain.
Semua sistem boleh dikawal melalui paparan TFT 8 inci yang tahan lasak.
Ciri standard lain termasuk TPMS, quickshifter, pemegang hendal dan pelana dengan pemanas, kawalan jelajah, serta bar hendal dan skrin angin boleh laras.
- Fork dan rim berwarna gangsa
- Penutup enjin satin gray
- Pelindung rangka bertekstur
- Penutup lengan ayun magnetik
- Palang perlindungan
Warna
- Zephyr Blue
- Tactical Green
Spesifikasi CFMOTO 1000MT-X
Enjin & Prestasi
- 946.2 cc selari berkembar
- 111 hp @ 8,500 rpm
- 105Nm @ 6,250 rpm
- Bosch MSE 9.0 EFI
- Berat enjin: 56 kg
- Berat kering: 199 kg
- Tangki 22.5L (jarak >450km)
Roda & Suspensi
- Rim aluminium gred 7-series
- Tayar Pirelli Scorpion Rally STR
- Suspensi KYB boleh laras penuh
- Sistem brek Brembo
Elektronik & Kelengkapan
- Bosch 6-axis IMU
- 5 mod tunggangan, ABS, Dynamic Traction Control
- TFT 8 inci (tahan lasak)
- TPMS, penukar cepat, pemegang hendal & pelana dengan pemanas (heated seat)
- Kawalan jelajah (cruise control)
- Pelindung bawah enjin (skid plate), pelindung tangan (handguard), pelindung rantai (chain guard)
- Bar hendal & skrin angin boleh laras














