
JUALAN MOTOSIKAL MFORCE HAMPIRI 10,000 UNIT SEBULAN
MForce Bike Holdings merekodkan peningkatan jualan positif pada Mei 2025 selepas berjaya menjual lebih 9,000 motosikal.

Berdasarkan data diperoleh, MForce merekodkan jualan sebanyak 9,021 unit motosikal sekaligus ketiga tertinggi di Malaysia selepas Yamaha (33,.223 unit) dan Honda (14,209 unit).Data pada Mei 2025 itu juga menunjukkan peningkatan berbanding bulan April dengan 8,147 unit.
Berdasarkan maklumat tersebut, ini bermaka MForce berada atas landasan tepat untuk mencapai 20 peratus pegangan pasaran motosikal tempatan seperti yang telah diumumkan sebelum ini.

Ketika ini Yamaha terus menguasai pegangan pasaran motosikal di Malaysia dengan 53 peratus diikuti Honda (22.96 peratus) dan MForce ketiga dengan 14.58 peratus.
Antara faktor menyumbang kepada peningkatan permintaan motosikal MForce adalah tawaran motosikal yang pelbagai dari pelbagai jenama. Selain itu, tawaran harga yang lebih mampu milik bagi semua jenis motosikal turut memainkan peranan besar.
Untuk rekod, terdapat 15 jenama yang berada di bawah payung MForce ketika ini.