Motosikal

CFLITE 250SR BAKAL LANCAR DI MOTOGP MALAYSIA – BAWAH RM10K?

CFMOTO Malaysia bakal memperkembang tawaran motosikal 250cc satu silinder dengan pelancaran CFLite 250SR. 

Kami difahamkan CFMOTO Malaysia akan melancarkan 250SR itu pada minggu MotoGP yang akan berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober ini. 

Untuk makluman, CFLite merupakan jenama dari CFMoto yang menawarkan model yang lebih mampu milik bagi motosikal 250cc ke bawah. 

Atas kertas, CFlite 250SR menawarkan 27.4hp pada 9,750rpm dan 22Nm pada 7,250rpm yang terhasil dari enjin satu silinder 249cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair. Kuasa dihasilkan sama yang ditawarkn 250NK. 

Sebagai tawaran yang lebih mampu milik, CFLite 250SR ini menawarkan fork teleskopik di bahagian depan berbanding fork USD yang terdapat pada CFMoto 250SR. Brek pula terdiri dari cakera tunggal 292mm depan dan 220mm belakang dan dikawal selia dengan sistem ABS secara tandard. Bagaimanapun, model ini tidak didatangkan dengan sistem traction control (TCS). 

Kelengkapan lain ditawarkan termasuk panel meter digital LCD, pencahayaan LED penuh dan tangki bahan api berkapasiti 12L serta rim berukuran 17-inci. Berat keseluruhan jentera adalah 165kg. 

Bagi pasaran tempatan, CFLite 250SR akan bersaing dengan Suzuki Gixxer SF 250 namun dengan harga jualan lebih rendah berbanding Yamaha YZF-R15 yang bersesaran 155cc.

Google ads
Back to top button