Motosikal

TERKINI: CFMOTO 750SR-S 2026 DIUMUMKAN – 110HP, 80NM

CFMOTO mengumumkan ahli terbaru bagi keluarga SR dengan CFMoto 750SR-S 2026 sekaligus menyertai 675SR, 500SR VOOM, 450SR dan 250SR.

Kemunculan 750SR itu telah pun dijangka selepas beberapa dokumen dan paten difailkan di China pada Disember tahun lalu.

Walaupun maklumat penuh mengenai 750SR-S itu belum didedahkan kepada umum namun kami berjaya mendapatkan butiran spesifikasi motosikal berkenaan.

Atas kertas, 750SR-S dipacu dengan enjin empat silinder 749cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 110hp pada 10,250rpm dan 80Nm pada 9,000rpm. Nisbah mampatan pula diletakkan pada 12.3:1 sekaligus mengesahkan enjin mampatan tinggi (high compression engine).

Menurut CFMOTO, enjin empat silinder itu dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan quickshifter (upshift sahaja).

Casis pula merangkumi kerangka jenis steel tubular yang dipadankan bersama swingarm aluminium jenis single-sided. KYB membekalkan pakej suspensi dengan fork USD 43mm depan dan monoshock di belakang, masing-masing menawarkan pelarasan preload dan rebound.

Brek pula merangkumi cakera brek berkembar 320mm depan dengan brek Brembo 4-piston dan cakera tunggal 240mm belakang dengan brek Brembo 2-piston.

Motosikal ini turut dilengkapi dengan ABS, Cornering ABS, traction control dan Cornering TC secara standard sekaligus mengesahkan penggunaan 6-axis IMU.

Perincian lain dinyatakan termasuk

  • ketinggian tempat duduk 805mm
  • jarak kelegaan tanah 140mm
  • kapasiti tangki bahan api 17L
  • berat 213kg *tangki penuh
  • lampu LED
  • skrin TFT 6.2″
  • pengecas USB Type-C/Type-A
  • TPMS
  • ESS
  • steering damper

Bagi pasaran global, CFMoto 750SR-S ini akan hadir dengan dua warna pilihan; Nebula White dan Nebula Black.

Google ads
Back to top button