Buletin

CHERY CIPTA REKOD JUALAN, LONJAK DALAM SENARAI FORTUNE 500

Chery Group mencatat satu lagi pencapaian bersejarah apabila jualan pada Julai 2025 melonjak kepada 224,439 unit, meningkat 14.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 65,357 unit adalah kenderaan tenaga baharu (NEV), naik 44.1 peratus, manakala eksport bertambah 31.9 peratus kepada 119,090 unit, sekali gus mengekalkan status Chery sebagai pengeksport automotif nombor satu China.

Kejayaan itu didorong oleh strategi pembangunan empat teras syarikat, termasuk pematuhan peraturan, penyesuaian produk mengikut pasaran tempatan, peningkatan daya saing dan pembezaan pasaran.

Antara pasaran utama yang mencatat pertumbuhan kukuh ialah Brazil, Australia, Afrika Selatan, Malaysia dan Sepanyol.

Bagi tempoh Januari hingga Julai, Chery menjual 1,484,563 unit kenderaan, meningkat 14.5 peratus berbanding tahun lalu, dengan 669,360 unit daripadanya dieksport.

Jualan NEV melonjak 87.7 peratus kepada 424,737 unit, antara kadar pertumbuhan terpantas di dunia.

Secara keseluruhan, Chery kini memiliki lebih 17.18 juta pelanggan di seluruh dunia, termasuk 5.17 juta di luar negara.

Dalam perkembangan berkaitan, pada Julai, Chery mencatat lonjakan besar dalam senarai Fortune Global 500 dan Fortune China 500, menduduki tangga ke-233 dunia (naik dari 385 pada 2024) dan ke-59 di China (naik dari 100 pada 2024).

Ia juga menjadi jenama automotif China pertama melepasi eksport kumulatif lima juta unit.

Selain itu,Chery terus memperkukuh kedudukan global melalui inovasi teknologi termasuk pembangunan platform arkitektur, enjin hibrid berkecekapan tinggi, sistem pacuan elektrik, bateri dan antaramuka pintar, antaranya sistem hibrid Chery Super Hybrid (CSH) yang dibangunkan sendiri.

Menerusi Global Safety Challenge, Chery menjalankan ujian ekstrem di lima negara.

Bermula di China dengan ujian terbalik spiral, pelanggaran dwi-kenderaan dan timbunan menegak tujuh kenderaan, ia diteruskan di Indonesia dengan rendaman bateri CSH selama 54 jam dalam air laut, diikuti Mexico dengan ujian geseran bateri. Siri ujian itu akan berakhir di Brazil dan Afrika Selatan.

Google ads
Back to top button