Buletin

PETRONAS DYNAMIC DIESEL EURO 5 DENGAN PRO-DRIVE JANJIKAN PEMANDUAN DINAMIK

Dunia automotif hari ini kecekapan dan ketahanan enjin bukan lagi satu pilihan ia satu keperluan. Dalam program media D2D Dynamic Journeys anjuran PETRONAS baru-baru ini, team Mekanika diberi peluang menyaksikan sendiri bagaimana gabungan bahan api diesel moden dan pelincir berprestasi tinggi dapat mengubah pengalaman pemanduan harian menjadi lebih dinamik.

PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 Dengan Pro-Drive hadir sebagai bahan api generasi baharu yang bukan sahaja memberikan tindak balas enjin lebih pantas, malah penggunaan bahan api yang jauh lebih efisien, sehingga 20 peratus. Ia turut membantu membersihkan serta melindungi enjin daripada kehausan, seterusnya memulihkan prestasi sehingga 99 peratus.

Pemanduan terasa lebih lancar dan selesa, dengan enjin yang mudah dihidupkan, kurang getaran serta peningkatan kuasa pecutan 3 peratus dan kuasa enjin sehingga 5 peratus. Gabungan keupayaan ini menjadikan PETRONAS Dynamic Diesel bukan sekadar bahan api, tetapi satu bentuk sokongan kejuruteraan moden yang mampu memenuhi keperluan pemandu masa kini.

Pelincir PETRONAS Urania turut memainkan peranan penting sebagai pelengkap prestasi enjin diesel. PETRONAS Urania dirumus khas menggunakan teknologi Strong Tech ™ untuk meminimumkan gesaran enjin, mengawal sisa berbahaya, meningkatkan kecekapan bahan api, memberikan anda kuasa untuk bergerak lebih jauh dan memastikan kenderaan anda sentiasa di dalam keadaan tip-top.

Kombinasi PETRONAS Dynamic Diesel dan pelincir Urania menawarkan sinergi yang mantap antara bahan api dan pelincir, menghasilkan prestasi jentera yang optimum, tahan lama dan menjimatkan.

Menambahkan lagi nilai pada inisiatif ini ialah pelancaran siri video Dynamic Journeys yang dijadualkan untuk tayangan sekitar Jun hingga Julai 2025. Siri ini membawakan kisah benar dari pemandu-pemandu sebenar yang merangkumi pelbagai latar belakang, termasuk pengusaha kecil, pengembara dan mereka yang mencari rezeki di jalanan.

Bagi kami, ini satu usaha yang patut dipuji kerana ia memberi ruang kepada suara komuniti yang sering dipandang sepi, tetapi menjadi tulang belakang penting kepada ekonomi dan masyarakat.

📺Ikuti kisah-kisah dinamik mereka di sini:

PETRONAS tidak sekadar membekalkan bahan api dan pelincir; mereka membawa sebuah naratif yang lebih besar dalam dunia diesel. Dengan PETRONAS Dynamic Diesel dan Urania, pemandu bukan sahaja menikmati prestasi terbaik, malah turut menyertai sebuah perjalanan yang penuh makna dalam Dynamic Journeys.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button