Buletin

SHINRAX PROTON X50 – INILAH KITA RINDUKAN TENTANG BUDAYA MODIFIKASI TANAHAIR

Dalam barisan model keluaran Proton, harus diakui tentang satu perkara model X50 yang merupakan sebuah SUV kompak dalam segmen B cukup menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia. Baik Melayu, India, Cina dan lain – lain adalah senarai pemiliknya.

Cumanya di kalangan rakyat Malaysia yang hidup di era Majalah Kereta, Baii, Mat Kacau dan juga Amid (entah anak muda tahu ke tidak entah akan Majalah Kereta ini) pastinya kita merindui budaya modifikasi terutamanya yang membabitkan JDM (Japan Domestic Model). Setiap kali ada pertandingan Kereta Autoshow, pasti kita boleh melihat bersepah jelmaan model JDM Daihatsu Mira RAV4, Daihatsu Coure dan juga Daihatsu Move. Nak jumpa Tiara FDM (France Domestic Model) payah sikit atau memang tak ada langsung.

Melihatkan pengubahsuaian yang dilakukan terhadap Proton X50 secara ekstensif ini ternyata sedikit sebanyak mengimbau kenangan terhadap budaya modifikasi suatu ketika dahulu.

Melihatkan rupa luarannya, ternyata Proton X50 ini kelihatan agak ekstrem yang telah dipasangkan dengan kit badan penuh yang kelihatan agak kemas pembuatannya dari hadapan hingga ke belakang. Pada lampu utama dan DRL juga telah dibuat kustom untuk tampil sedikit unik lain daripada yang lain. Hood hadapan menggunakan gentian karbon sebenar memberikan sedikit kontra ke atas warna badan berwarna ungu yang dihiasi dengan lakaran grafik.

Rupa yang ekstrem ini ditambahkan lagi dengan penggunaan GT Wing Spoiler ala Rocket Bunny di bahagian belakang serta rekaan bahagian bampar yang cukup garang lengkap dengan diffuser. Sedikit menyorok di bahagian bawah adalah set empat tip ekzos daripada sistem yang dibuat kustom oleh Max Racing katanya.

Hood hadapan juga telah dipasangkan secara kustom menggunakan bahan gentian karbon untuk mengurangkan sedikit berat X50 ini secara tidak langsung. Menambahkan penampilan garang luaran adalah pintu gunting yang boleh dibuka secara ke atas.

Selain daripada sistem brek yang turut menerima penambahbaikan dengan penggunaan jenama Brembo, sistem suspensi udara lengkap dengan alat kawalan dari dalam kereta.

Bahagian dalaman X50 ini turut menerima beberapa tingkat taraf seperti penggunaan stereng gentian karbon, lampu ambien, serta tempat duduk bucket.

Mungkin modifiaksi sebegini mampu menjadi pedoman buat pemilik X50 yang lain untuk mengubahsuai kenderaan mereka. Barulah ada gaya CDM kan.

BACA : PROTON X50 SPORT EDITION DILANCARKAN – TERHAD 1,000 UNIT, HARGA BERMULA RM98K

BACA : PROTON TAWAR PAKEJ AKSESORI PROTON X50 R3 – TERHAD 200 UNIT, HARGA BERMULA RM12K

Google ads

B K

Back to top button