Buletin

CHERY OMODA E5 RASMI DILANCARKAN – JARAK GERAK 430KM, JANA 201HP, HARGA BERMULA RM146K

Chery Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan model EV baharu untuk pasaran tempatan iaitu Chery Omoda E5.

Omoda E5 didatangkan dengan bahasa rekaan ‘interstellar shuttle design’ termasuk rekaan gril hadapan kosong, rim bersaiz 18-inci, tuil gear tidak diletakkan di tengah tetapi ditempatkan pada stereng.

Omoda E5 turut membawakan skrin 2K HD lengkung bersaiz 24.6-inci yang dikuasakan oleh sistem cip (SoC) Qualcomm 8155 dengan resolusi 1920×720 dan dikemaskan lagi melalui upholsteri kulit untuk tempat duduk.

Perincian lain termasuklah turut disertakan bersama fungsi Vehicle-to-Load (V2L) dan sokongan ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay.

OMODA E5 ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu:

  • Aqua Green
  • Khaki White
  • Phantom Grey,
  • Dark Black

Beralih kepada kuasa, Omoda E5 dikuasakan oleh motor elektrik tunggal pacuan roda depan, berupaya menghasilkan 201hp dan 340Nm.

Melalui pek bateri berkapasiti 61kWh, ia menawarkan jarak gerak sehingga 430km dan boleh dicas 20-80 peratus, mengambil masa sekitar 28 minit menggunakan pengecasan pantas DC 80kW.

Bagi sistem bantuan pemandu, ia dilengkapi 17 Fungsi ADAS 2.5 merangkumi;

  • Front Collision Warning (FCW)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Multi Collision Brake (MCB) Traffic Jam Assistant (TJA)
  • Door Open Warning (DOW) Rear Cross Traffic Braking (RCTB)
  • Integrated Cruise Assist (ICA) Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Rear Collision Warning (RCW) Lane Change Assist (LCA)
  • Lane Departure Prevention (LDP)
  • Driving Monitoring System (DMS)
  • Blind-spot Detection (BSD) Emergency Lane Keeping (ELK)
  • Departure Reminder

Untuk harga pula, Chery Omoda E5 ditawarkan pada harga bermula RM146,800.

Pakej Chery OMODA E5 termasuk jaminan kenderaan 7 tahun atau 150,000km, jaminan bateri 8 tahun atau 160,000km dan jaminan unit pemanduan 8 tahun atau 160,000km yang meliputi Kuasa Motor (Power Motor), Unit Kawalan Kuasa Motor (Power Motor Control Unit), Pengurusan Sistem Kuasa Bateri (Power Battery Management System) serta Unit Kuasa Kenderaan (Vehicle’s Control Unit).

Bukan itu sahaja, Chery Malaysia juga menawarkan pertukaran bateri satu-dengan-satu jika kesihatan bateri jatuh di bawah 70% semasa tempoh jaminan.

Pemilik OMODA E5 juga akan menerima kemudahan cas percuma apabila mereka melawat mana-mana pusat pameran Chery di seluruh negara.

Tambahan, terdapat pakej khas tersedia untuk 2000 tempahan OMODA E5 pertama, meliputi:

  • Wall box charger
  • V2L (Vehicle-to-Load) Charger
  • Kredit cas bernilai RM1000 di rangkaian pengecas EVC

GALERI:

Google ads
Back to top button