Motosikal

HUSQVARNA SVARTPILEN 801 DIDEDAHKAN – ENJIN KTM LC8C, 105HP

Husqvarna dengan rasminya memperkenalkan Svartpilen 801 yang merupakan motosikal segmen ‘streetbike’ paling berkuasa pernah dihasilkan setakat ini. 

Sejak diambil alih KTM pada 2013, Husqvarna sering mengguna pakai enjin dibangunkan jenama Austria itu antaranya Norden 901 yang berkongsi platform sama dengan KTM LC8c 889cc dari 890 Duke/Adventure. 

Bagaimanapun, Svartpilen 801 tidak akan mengguna pakai enjin LC8c 889cc tersebut kerana platform itu telah pun dihentikan pengeluaran bagi memberi ruang kepada barisan model KTM 990 serba baharu. 

Jadi, Svartpilen 801 sebenarnya mengambil enjin LC8c yang dibangunkan CFMOTO tahun lalu bagi KTM 790 Duke dan 790 Adventure serta 800MT dan 800NK. 

Menurut Husqvarna, enjin tersebut menawarkan 105hp namun angka tork masih lagi dirahsiakan buat masa ini. 

Untuk rekod, generasi terdahulu Svartpilen/Viptilen 701 dikuasakan enjin satu silinder LC4 yang terdapat pada KTM 690 SMC. Ini bermakna, peralihan kepada enjin dua silinder pastinya merupakan langkah signifikan bagi jenama itu. 

Husqvarna akan melancarkan Svarptilen 801 pada 19 Mac ini. 

Google ads
"
"
Back to top button