
HYUNDAI IONIQ 5 FACELIFT DIPERKENALKAN MAC 2024 – BATERI LEBIH BESAR, JARAK GERAK 533KM
Hyundai Ioniq 5 akhirnya menerima pembaharuan selepas dilancarkan dua tahun lalu, menerima sedikit perubahan pada bahagian luaran dan dalaman.
Dari segi penampilan, Hyundai Ioniq 5 facelift tidak jauh berbeza dengan versi sebelumnya. Hanya terdapat sedikit perubahan pada gril, bampar dan reka bentuk rim yang lebih aerodinamik.
Selain itu, spoiler belakang adalah 50mm lebih panjang untuk membantu aerodinamik, manakala pengelap belakang telah ditambah pada versi standard, sama seperti Ioniq 5 N Line.

Penambahbaikan bahagian luar menjadikan Ioniq 5 20mm lebih lebar berbanding versi sebelumnya, manakala lebar, ketinggian dan jarak roda kekal sama.
Di bahagian dalam, tiada perubahan ketara boleh dilihat kecuali beberapa ciri penambahan butang kawalan fizikal pada konsol tengah untuk fungsi seperti pemanas tempat duduk dan roda stereng, butang bantuan parkir selain, dilengkapi sistem infotainmen generasi baharu “connected car Navigation Cockpit”.
Bukan sahaja memberi nafas baru kepada Ioniq 5, Hyundai turut mendedahkan kemasan N Line, yang kini tampil lebih sporty dengan lencana N Line pada gril, bampar, skirt sisi dan rim.

Di bahagian dalam, versi N Line mendapat stereng dan papan pemuka N Line eksklusif, bersama dengan pedal logam, pelapik hitam, tempat duduk sport, jahitan merah dan upholsteri pilihan dua tona.
Hyundai tidak mengumumkan sebarang perubahan pada output kuasa pada standard Ioniq 5, tetapi bateri itu kini mempunyai kapasiti lebih besar, daripada 77.4kWj kepada 84.0kWj, menawarkan jarak gerak 533km berbanding 480km sebelum ini.
Hyundai Ioniq 5 facelift dan Ioniq 5 N Line akan tersedia di Korea Selatan mulai Mac 2024, dengan harga bermula dari 52.4 juta won atau sekitar RM185,668.
GALERI:




- BACA: HYUNDAI i20 N LINE BAHARU – HATCHBACK KELUARGA YANG SEDAP DENGAN DNA RALI
- BACA: JUALAN GLOBAL BAGI MODEL EV HYUNDAI MENJUNAM, TURUN 10 PERATUS
- BACA: DASAR EV BAHARU KOREA SELATAN MEMIHAK HYUNDAI, KIA – BERI TEKANAN KEPADA BYD, TESLA
- BACA: SISTEM AERO AKTIF HYUNDAI BAKAL PANJANGKAN JARAK OPERASI EV – SEJAUH MANA TU?