Buletin

MASERATI GRANTURISMO 2024 DILANCARKAN – JANA 550HP, HARGA BERMULA RM738K

Naza Italia hari ini secara rasmi melancarkan Maserati GranTurismo 2024, menandakan kembalinya ikon Maserati yang dicipta 75 tahun lalu dengan A6 1500.

Coupé GranTurismo ditawarkan dalam dua varian – GranTurismo Trofeo dan GranTurismo Modena.

Dari penggayaan, reka bentuk GranTurismo mewakili keseimbangan ideal antara kecantikan dan fungsi selain, menekankan ketulenan bentuknya.

Perkadaran klasik kereta jenama itu telah dikekalkan, dengan bonet panjang dan badan tengah bersilang oleh empat fender.

Sebaliknya, garisan bumbung turun secara dinamik untuk menekankan lengkung tiang yang menampilkan logo Trident ikonik.

Dari segi seni bina teknikal, model baharu ini adalah hasil projek inovatif yang menggunakan bahan ringan seperti aluminium dan magnesium secara meluas, bersama-sama dengan keluli berprestasi tinggi.

Pendekatan ini dipasangkan dengan seni bina elektrik/elektronik Atlantis High baharu, berdasarkan canFD yang dihantar pada kelajuan sehingga 2 ms.

Sistem ini juga dilengkapi dengan ciri keselamatan siber tahap 5 dan flash-over-the-air.

Tumpuannya ialah pengawal induk Modul Kawalan Domain Kenderaan (VDCM), projek Maserati 100 peratus terdiri daripada perisian kawalan 360° bagi semua sistem kereta untuk pengalaman pemanduan terbaik dalam semua keadaan.

Di bahagian dalam, kabin moden Maserati GranTurismo dilengkapi dengan sistem Inovatif, termasuk sistem Multimedia Maserati Intelligent Assistant (MIA), infotainment terkini, jam digital, dan sistem Audio Sonus faber.

Bukan itu sahaja, GranTurismo juga menawarkan “pengalaman bunyi” ikonik enjin Maserati, disempurnakan oleh sistem bunyi Sonus faber yang mengasyikkan.

Direka dan dibuat oleh Sonus faber, GranTurismo menawarkan dua konfigurasi audio berbeza iaitu sistem audio Premium standard, menampilkan 14 pembesar suara dan keliling 2D, dengan output 860W.

Sementara, sistem audio High Premium pilihan dengan 19 pembesar suara, bunyi sekeliling 2D dan 3D dengan amplifikasi berkuasa, sehingga 1,195W.

Beralih pada kuasa, Maserati coupé boleh didapati dalam dua versi dengan enjin petrol iaitu enjin 3.0-liter V6 Nettuno twin-turbo yang dipadankan bersama transmisi automatik tujuh kelajuan.

GranTurismo Modena berupaya menghasilkan 490hp dan 600Nm, dengan daya pecutan 0-100 dalam 3.9 saat dan kelajuan maksima 302km/j.

GranTurismo Trofeo pula menghamburkan kuasa 550hp dan 650Nm dengan daya pecutan ke 100km/j dalam masa 3.5 saat sahaja, sementara had kelajuan maksima ditetapkan 320km/j.

Maserati GranTurismo kini boleh dimiliki pada harga bermula RM738,800 untuk Modena dan RM878,800 untuk Trofeo tidak termasuk cukai, pilihan pemperibadian dan insurans.

GALERI:

Google ads
Back to top button