Buletin

NISSAN, FISKER JALIN KERJASAMA – LABUR RM1.8 BILION UNTUK EV

Syarikat kenderaan elektrik baharu, Fisker, berada di dalam kesukaran baru-baru ini, namun ada cahaya terang yang mungkin membawa harapan baru.

Dengan penurunan harga saham yang drastik dan pengumuman pemotongan pekerjaan, Fisker berusaha mencari jalan keluar dari krisisnya.

Walau bagaimanapun, ada kabar baik yang boleh memberikan dorongan positif kepada syarikat ini.

Pada hari Khamis, Fisker mengumumkan bahawa pelaburan ke dalam semua projek baharu akan ditangguhkan, sementara mereka mencari rakan kongsi pembuatan.

Khabar baiknya datang dalam bentuk potensi perjanjian dengan raksasa automotif, Nissan, di mana  menurut sumber, Nissan sedang menimbang untuk melabur sebanyak AS$400 juta (RM1.8 bilion) ke dalam Fisker.

Apabila perjanjian ini terlaksana, Nissan akan mendapat akses kepada platform dan teknologi EV yang dimiliki oleh Fisker.

Ini termasuklah rancangan untuk membina pikap Fisker Alaska di salah satu kilang pemasangannya di Amerika Syarikat, serta menggunakan platform yang sama untuk membangunkan pikap elektrik mereka sendiri.

Bagi Fisker, ini adalah langkah strategik membolehkan mereka mengeluarkan lebih banyak kenderaan pada skala yang lebih besar.

Sebelum ini, Fisker telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan pembuat kereta lain dan perjanjian ini kelihatan sebagai langkah positif bagi kedua-dua syarikat.

Jika perjanjian ini berjaya, ia mungkin membawa kedua-dua syarikat ke tahap yang lebih tinggi dalam industri kenderaan elektrik.

Kita akan terus mengikuti perkembangan ini untuk melihat bagaimana perjanjian ini membentuk masa depan Fisker dan Nissan dalam dunia kenderaan elektrik yang sentiasa berkembang.

Google ads
Back to top button