Artikel Pilihan

CINCIN PERKAHWINAN HONDA – KHAS UNTUK PASANGAN BANGSA ‘H’ SEJATI

Adakah anda dan pasangan sama-sama minat kereta? Sama-sama minat dengan yang sama? Kereta apa? Perodua? Proton? Mazda? Kalau anda sama-sama bangsa H dan kali pertama bertemu pun sewaktu sesi mengeteh. Ini mungkin berita baik untuk anda berdua. Kini cincin perkahwinan Honda mula dijual di Jepun. Ya, betul tuan-tuan, cincin kahwin Honda. Lamborghini pun tak pernah buat lagi setakat ni.

Cincin perkahwinan istimewa ini dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang dinamakan U-Treasure. Bunyi macam syarikat cari harta karun lanun tenggelam tapi sebenarnya mereka mengeluarkan barang kemas dan cincin ini memang diperakukan oleh Honda Motor Co.

Dah namanya cincin kena la ada ukiran spesial sikit kat dalam. Terdapat 12 pilihan logo Honda sebagai pilihan. Bermula dari logo klasik Honda Nombor 12 hinggalah ke logo Honda paling moden. Kalau tak nak orang tahu pilih je logo dengan tulisan katakana tu. JDM gila kau.

Korang yang pakai Prelude, Civic Type R dan Integra Type R memang bertuah sebab logo model ini terdapat dalam senarai pilihan. Kalau pakai Honda City ke, Jazz ke atau NBOX sekalipun kena berpuas hati dengan logo Honda saja lah. HR-V dan CR-V pun sama. Kami pun tak puas hati apa pasal tak ada logo NSX? Tak kisahlah, kami bukan ada NSX pun.

Mungkin pada bangsa lain cincin ini mungkin nampak kelakar tapi berjayalah pada bangsa Honda sejati ini merupakan suntikan adrenalin kepada percintaan mereka yang suci murni. Memakainya ibarat deruman VTEC sewaktu memecut ke rumah tok kadi untuk melafazkan akad nikah.

Kalau berminat boleh tempah sekarang dengan harga sekitar USD955 (RM4,322.33). Alah lagi murah dari Honda Vario apa. Barang JDM ni, baharu pulak tu. Cuma kena tunggu 6 minggu la untuk tempahan antarabangsa.

Mahal ke? Mestilah sebab cincin ini diperbuat daripada platinum. Ingat buat pakai komponen enjin terpakai ke?

Google ads
Back to top button