Artikel Pilihan

VIDEO KOLEKSI KERETA JURUTERA HONDA – SAMPAI EMPAT BIJI INTEGRA TYPE R KAU BELI

Brian Hourt merupakan seorang ketua jurutera yang sudah bersama dengan Honda selama 27 tahun. Antara tugas utama beliau ialah membangunkan Acura TLX, sistem keselamatan Honda dan macam-macam lagi. Namun sebaik kita menjenguk ke dalam garaj beliau kita akan tahu yang selera budak Brian ni bukan biasa-biasa.

Beliau mempunyai dua buah Acura NSX, NA1 dan NA2 selain empat buah Integra Type R dan sebuah S2000 CR. Fuh, penuh dengan semangat VTEC dalam darah mamat ni. Kelebihan sebagai kakitangan Honda memang digunakan sebaik mungkin.

Menariknya koleksi paling vintaj dalam garaj beliau bukannya sebuah kereta tapi merupakan antara produk pertama Honda. Ianya adalah enjin asal Honda Cub yang dihasilkan sekitar tahun 1952 ke 1958. Ia merupakan sebuah enjin kecil yang boleh dipasang pada basikal lengkap dengan tangki minyaknya sekali.

Hourt menerangkan serba sedikit mengenai enjin cub ini dan bagaimana ia diuji sendiri oleh isteri Soichiro Honda pada ketika itu. Pada awalnya ia dilengkapkan di bahagian hadapan basikal tapi sebaik ditunggang oleh isterinya, berlaku percikan petrol dan mengenai isteri beliau sewaktu ditunggang.

Sebagai suami penyayang macam kami, Honda-san segera mengubahsuainya dan kemudian dipasang pada bahagian roda belakang basikal. Kebanyakan kit Honda cub ini cuma dipasarkan di di Jepun tapi entah bagaimana satu berjaya ditemui oleh Hourt dalam satu acara lelongan.

Mungkin enjin cub lama ini nampak kelakar tapi ia merupakan permulaan kepada empayar Honda. Tanpa enjin kecil ini kemungkinan besar tidak akan wujud Honda NSX ataupun Honda Integra Type R.

Sumber dari Japanesenostalgiccar.com

Google ads
Back to top button