SELAMAT JALAN KUME-SAN – BEKAS PRESIDEN HONDA (1932-2022)
9 September mungkin tarikh yang diingati ramai sebagai tarikh serangan ke atas Amerika Syarikat. Entah ya entah tidak kan? Tapi tarikh yang sama pada tahun ini juga membawa khabar sedih buat warga Honda Motor Company dengan kematian bekas presiden mereka, Tadashi Kume pada usia 90 tahun.
Pemimpin berpengaruh ini mengendalikan Honda dari tahun 1983 hingga 1990 sekaligus membawa syarikat berkembang secara besar-besaran. Pada masa beliaulah Honda berkembang sehingga setanding dengan Nissan dan Toyota sebagai pengeluar kereta ternama dari Jepun.
Kume dilahirkan pada 2 Januari 1932 di Hyogo Prefecture dan menamatan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan Universiti Shizuoka. Belum kemudian terus menyertai Honda dan dengan kemahiran dalam rekaan enjin, beliau ditugaskan untuk membangunkan enjin motosikal lumba Isle of Man TT selain jentera Formula 1 RA302.
Kume-san turut mengetuai pembangunan generasi baharu Civic dan membantu membangunkan enjin CVCC yang menghasilkan pembakaran yang lebih bersih. Beliau juga terkenal kerana berani bertegang leher dengan pengasas syarikat, Soichiro Honda yang memang terkenal sebagai ketua yang keras kepala.
Soichiro sangat gemarkan enjin sejukan udara tetapi Kume percaya yang mereka mesti beralih arah kepada enjin sejukan cecair jika mahu melepasi undang-undang pelepasan emisi ekzos yang semakin ketat.
Penukaran sistem sejukan itu ternyata satu langkah yang tepat dan menyaksikan kejayaan Honda Civic di pasaran sekaligus menyelamatkan masa depan syarikat yang berada dalam keadaan genting. Pertelingkahan antara keduanya memang cukup hebat sehinggakan Kume tidak datang ke pejabat selamat sebulan. Fuh, buat kat sini memang kena buang la jawabnya.
Sebaik Kume menyandang jawatan sebagai presiden, Honda segera meluaskan lagi pemasaran mereka di AS. Hasilnya Honda Accord menjadi model kereta penumpang terlaris di AS dalam tahun 1985.
Ia turut mengejutkan pesaing mereka di Jepun kerana sebelum ini Honda dianggap setaraf dengan Mazda, pengeluar kereta kecil-kecilan. Kini mereka menjelma menjadi satu nama besar dalam perusahaan kereta.
Toyota turut mengikut jejak langkah Honda dengan menubuhkan divisi mewah mereka dan segera membuka kilang di AS. Kume bagaimanapun masih merendah diri dan menyatakan yang mereka memang tidak setanding dengan Toyota. Honda tidak cukup kuat untuk menjadi pesaing Toyota tetapi keutamaan mereka ialah untuk menghasilkan produk yang menggembirakan pelanggan mereka. Zuhud sungguh bekas presiden H bukan macam generasi baru bangsa H (tapi bukan semua la).
Honda NSX, supercar Jepun asal dikeluarkan semasa Kume menjadi presiden malah beliau juga bertanggungjawab membawa Honda kembali ke persada Formula 1. Bukan itu sahaja, beliau juga melancarkan rancangan pembinaan Litar Twin Ring Motegi Honda yang turut menempatkan ruang pameran Honda Collection Hall.
Robot Asimo juga dimulakan di bawah pentadbiran Kume dan begitu juga dengan HondaJet. Fuh power betul Kume-san ni. Beliau kemudian menyerahkan kedudukan presiden kepada Nobuhiko Kawamoto tetapi kekal berkhidmat sebagai penasihat untuk beberapa tahun selepas itu.
Zaman pentadbiran beliau menyaksikan Honda berkembang dari syarikat pengeluar motosikal kepada kereta sebelum berkembang lebih pesat. Inilah salah seorang pemimpin kebanggaan Honda selain pengasasnya sendiri, Soichiro Honda.
Selamat jalan Kume-san terima kasih untuk Honda NSX dan pelbagai model hebat Honda yang sampai sekarang masih gagal kami miliki. Sedih woo.