
CIVICHE EG911 – SEJAK BILA PORSCHE BIKIN HATCHBACK?
Porsche 911, antara kereta idaman tapi disebabkan harga yang diluar kemampuan, impian tersebut perlu diketepikan buat masa ini.
Namun, dengan bantuan daripada pakar yang betul, anda boleh menjadikan mana-mana hatchback berubah bentuk menjadi sebuah model yang diidamkan, walaupun tidaklah begitu tepat bentuknya.
Contoh yang ada ialah Civiche EG911, dan jangan tak tahu badan asalnya adalah sebuah Honda Civic EG!

Ia menggunakan kit badan kustom yang memadankan unit lampu berbentuk oval, fender yang lebih menonjol dan bonet baharu bagi menjadikan Civic ini menjadi sebuah 911 generasi 993.
Unit lampu belakang pula sekadar membawakan bentuk bulat yang ringkas.
Untuk makluman, Civiche EG911 yang kini berada di Thailand ini sedang mencari pemilik baharu dengan harga jualan yang tidak didedahkan.
Kalau ada duit, mahukah anda beli Civiche EG911 ini? – IG @mozy_3dcustom



