Buletin

FORD MUSTANG MACH-E TERBABAS LANGGAR TIANG DEPAN STESEN MINYAK

Sebuah Ford Mustang Mach-E dilapor terbabas akibat terlanggar tiang di depan sebuah stesen minyak di Washington.

Gambar kemalangan tersebut diperoleh menerusi laman web media sosial Reddit yang menunjukan Mustang Mach-E berwarna putih yang sedikit remuk di bahagian hadapan SUV tersebut.

Kejadian tersebut berkemungkinan besar berpunca akibat kehadiran ais di atas jalan, serta keadaan jalan yang sedikit condong menjadikannya licin untuk apa jenis kenderaan.

Melihatkan kepada keadaan SUV yang tidak begitu teruk dan beg udara yang tidak menggelembung menunjukkan kejadian tersebut berlaku pada kelajuan yang rendah.

Namun, kos pembaikan untuk kerosakan yang minima itu berkemungkinan besar tidak murah disebabkan kehadiran pelbagai jenis penderia yang wujud pada bampar kereta moden masa kini.

Ramai pengguna di Reddit menyalahkan pemandu Mach-E, dengan alasan kebanyakan pemandu SUV cenderung untuk terlebih yakin terutama ketika berdepan dengan keadaan cuaca buruk. – Reddit

Google ads
Back to top button