
MEKANIK DARI NERAKA SIMPAN KERETA PELANGGAN LEBIH 11 TAHUN DAN PULANGKAN BALIK TANPA ENJIN
Bila kereta rosak semestinya kita akan hantar ke mekanik ataupun bengkel yang dipercayai untuk dibaiki. Kerosakan ringan biasanya mengambil masa yang sekejap kecuali jika kerosakan yang berlaku agak serius. Paling lama kami pernah dengar kereta tersadai kat bengkel pun adalah sebulan dua tapi insiden di UK ni paling gempak. Porsche 911 ni tersadai dibengkel selama lebih 11 tahun. Wei, kalau pinjaman 10 tahun pun mesti dah habis bayar.

Selama lebih 11 tahun, pemilik Porsche ini cuba mendapatkan 911 milik beliau yang tersadai di sebuah bengkel dan terpaksa membawanya ke mahkamah. Keputusan hakim memihak kepada pelanggan dan beliau turut mendapat gantirugi berjumlah USD151,000 (RM637,220).
Dr. Penelope Horlick, seorang penyelidik dari university Oxford membeli sebuah Porsche 911 keluaran tahun 1997 dan menikmati pengalaman memandunya selama beberapa tahun. Beliau kemudiannya terlanggar lubang di jalan raya pada tahun 2010 menyebabkan kerosakan pada bahagian bawah kereta yang mengakibat kebocoran pelincir.

Horlick membawa 911 tersebut ke JJ Engineering, milik Jagjiwan Jhally untuk dibaiki. Jhally bersetuju membaikinya dengan anggaran kos USD12,000 (RM50,640). Selepas beberapa bulan berlalu, Jhally masih belum memulangkan kereta. Beliau menyatakan kereta hampir siap tapi tidak memberikan tarikh yang tepat.
Selepas setahun Jhally mendakwa enjin 911 tersebut perlukan jalani proses total rebuild dan beliau mempunyai hak ke atas kereta itu dan Horlick perlu membayar kos penyimpanan. Fuh, main bangsat terus.
Dr. Horlick membawa kes tersebut ke mahkamah pada Mac 2022 dan hanya selepas itu kereta tersebut dipulangkan ke rumah beliau di Kensington dalam keadaan tinggal rangka sahaja. Bahagian seperti enjin, kotak gear dan semua yang lain telah ditanggalkan sepenuhnya. Horlick menyaman Jhally kerana melanggar kontrak dan beroleh kemenangan. Jhally diarahkan supaya membayar ganti rugi kepada penyelidik tersebut sebanyak RM637,220. Puas hati kan buat kerja bodoh?
Jhally masih boleh merayu tapi rasa-rasa keputusan mahkamah tak akan berubah. Gila kau pegang kereta pelanggan sampai dekat 12 tahun. Kalau nak sangat pakai Porsche beli sendiri la.