Buletin

PORSCHE 911 CLUB COUPE RAI 7 DEKAD PORSCHE CLUB OF AMERICA – ISTIMEWA JADI AHLI KELAB KERETA!

Untuk para peminat automotif, menjadi ahli kelab kereta bukan sahaja membuka pintu kepada pelbagai kelebihan langsung dan tidak langsung, malah turut merapatkan silaturahim sesama pencinta kenderaan.

Bagi ahli Porsche Club of America (PCA), keistimewatan lebih terserlah dengan Porsche 911 Club Coupe 2026, model edisi terhad yang dibuat khas bagi meraikan tujuh dekad kelab pemilik Porsche terbesar di dunia ini.

Sejarah Edisi Khas PCA

Tradisi PCA Club Coupe bermula pada tahun 2005 apabila Porsche menghasilkan 50 unit terhad 911 Carrera S Club Coupe (generasi 997.1) untuk meraikan ulang tahun setengah abad.

Pelancaran model ini diadakan di Porsche Parade 2005 di Hershey, Pennsylvania.

Kereta pertama, yang merupakan model tahun 2005 dijadikan koleksi Muzium Porsche.

Unit seterusnya adalah kereta pertama yang ditawarkan sebagai hadiah cabutan bertuah kepada ahli PCNA dan semua unit seterusnya telah ditawarkan untuk dijual di dalam kelab.

911 Club Coupe asal ini menampilkan ambang pintu keluli tahan karat dengan logo 911 Club Coupe, serta logo pada riasan pintu sisi pemandu dengan nombor unit dalam siri 50 kereta tersebut.

Ia juga dilengkapi dengan X51 Powerkit yang meningkatkan prestasi enjin flat-six silinder 3.8 liter Carrera sebanyak 26 kuasa kuda (hp) dan tork 15Nm.

Model ini menampilkan warna Azurro California metallic, tafsiran moden Azure Blue, warna yang popular pada Porsche 356 ketika PCA diasaskan 50 tahun lalu.

Sedekad kemudian, Porsche memperingati ulang tahun ke-60 dengan satu lagi model istimewa iaitu 911 Carrera GTS Club Coupe.

Model ini diperkenal di Porsche Experience Center Atlanta yang baru dibuka pada Januari 2015, dengan pameran seterusnya di Porsche Parade di French Lick, Indiana, pada musim panas tahun yang sama.

Model pengeluaran terhad 60 unit ini adalah berdasarkan 911 Carrera GTS (generasi 991.1).

Model ini mendapat manfaat daripada peningkatan casis dan rangkaian kuasa pada masa itu, termasuk badan 911 Carrera 4 yang lebih lebar.

Enjin flat-six 3.8 liter aspirasi semula jadi menghasilkan 430 hp dan mampu memecut ke 97 kilometer sejam (km/j) dalam 3.8 saat apabila dipadankan dengan transmisi PDK tujuh kelajuan.

Mungkin yang paling ketara, kereta itu datang dengan kemasan Club Blau, warna baharu yang dicipta khas untuk GTS Club Coupe.

Spoiler belakang ducktail turut menyumbang kepada penampilan kereta yang menarik, bersama dengan roda 20 inci yang dicat dalam warna hitam separa kilat.

Porsche 911 Club Coupe 2026: Spesifikasi dan Ciri Utama

Versi terbaru PCA, Porsche 911 Club Coupe 2026 diperkenalkan pada acara sambutan yang menandakan permulaan Porsche Parade 2025.

Sebanyak 70 unit model ini akan dihasilkan untuk dijual dan diedarkan di antara Amerika Syarikat serta Kanada.

Club Coupe baharu ini adalah berasaskan 911 Carrera T yang juga model kegemaran ramai.

Ia dilengkapi secara eksklusif dengan enjin flat-six yang menghasilkan 388 hp, dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan dengan tuil gear walnut.

Model ini juga datang dengan perkakasan peningkatan prestasi untuk pengalaman pemanduan yang optimum.

  • Suspensi: Dilengkapi PASM Sport Suspension yang menawarkan ketinggian pemanduan 10 mm lebih rendah berbanding 911 Carrera standard.
  • Pembeza: Mempunyai pembeza gelincir terhad mekanikal dengan Porsche Torque Vectoring (PTV).
  • Sistem Ekzos: Menggunakan sistem Ekzos Sport.
  • Casis: Dibangunkan dengan Porsche Active Suspension Management (PASM) Sport chassis.
  • Stereng: Mempunyai sistem stereng pembelokan belakang.
  • Pakej: Termasuk pakej Sport Chrono.
  • Stereng: Dilengkapi stereng GT Sport steering wheel.
  • Brek: Brek pada 911 Carrera T dinaik taraf berbanding model sebelum dengan angkup tetap enam omboh di depan dan angkup empat omboh di belakang. Kedua-dua angkup berfungsi bersama cakera berventilasi dan berlubang silang 350 mm.

Reka Bentuk dan Gaya

Club Coupe baharu menonjol dengan penggunaan warna Paint to Sample Sholar Blue. 

Warna ini adalah sentuhan metalik baharu warna Club Blau yang pertama kali digunakan pada tahun 2015 untuk edisi kedua PCA Club Coupe.

Warna baharu ini terhasil daripada pelbagai peringkat pembangunan dan perbincangan bersama antara Style Porsche, Exclusive Manufaktur dan PCA sejak awal 2023.

Aspek reka bentuk luaran lain termasuk rupa depan SportDesign standard dengan riasan merah, serta roda RS Spyder 20/21 inci dengan kemasan Satin Black dan Brilliant Silver.

Sebagai penghormatan kepada warna signatur PCA, model ini menampilkan logo Club Coupe pada pintu dalam Brilliant Silver, grafik 911 belakang Brilliant Silver, dan bilah gril Guards Red.

Cermin Vanadium Grey standard model Carrera T kini dicat dalam Sholar Blue untuk menyerlahkan lagi warna istimewa ini.

Akhir sekali, logo gril istimewa 70 year PCA tampil sebagai penghormatan kepada tradisi yang diteruskan oleh kereta-kereta ini.

Ciri-ciri Dalaman

Dalaman kereta juga direka khas untuk memberikan pengalaman yang unik dan eksklusif.

Apabila membuka pintu, pemilik akan disambut dengan ambang pintu bercahaya yang memaparkan tulisan PORSCHE CLUB OF AMERICA yang bercahaya dalam fon khusus, serta pancaran pintu dengan logo 70 tahun PCA.

Bahagian dalaman kulit hitam dengan jahitan kontras dalam Speed Blue dan Guards Red meneruskan gaya yang konsisten ini dengan tali pinggang keledar dan penanda jam 12 roda stereng dalam Guards Red.

Sentuhan dalaman tersuai lain daripada Porsche Exclusive Manufaktur menambah sentuhan kemewahan dan eksklusiviti.

  • Logo 70 tahun PCA yang pada penutup konsol tengah.
  • Logo Club Coupe pada riasan papan pemuka.

Pakej Pilihan

Pakej tambahan tersedia sebagai pilihan untuk pemilik yang inginkan ciri-ciri tersendiri.

Antara ciri-ciri dalam pakej ini termasuk:

  • Bahagian tengah kerusi balutan fabrik tartan dalam corak 70 tahun PCA.
  • Jahitan dalam Speed Blue pada beberapa elemen dalaman.
  • Pelepas kerusi kulit dalam warna Guards Red.
  • Sarung manual pemilik kulit yang turut mendapat jahitan Speed Blue dengan logo Club Coupe 70 Years Porsche Club of America.
  • Kunci kereta yang dicat dalam Sholar Blue, dan didatangkan dalam kantung kunci kulit hitam dengan jahitan Speed Blue serta logo Club Coupe.

Jam Chronograph 1 – 911 Club Coupe

Khas untuk pemilik Porsche 911 Club Coupe, Porsche Design merekabentuk jam Chronograph 1 – 911 Club Coupe.

Jam tangan edisi terhad ini dibuat dengan tangan di Solothurn, Switzerland, dan direka untuk mencerminkan keunikan model kereta tersebut.

Ia menampilkan elemen reka bentuk unik yang diinspirasikan oleh 911 Club Coupe dan membawa warisan 70 tahun Porsche Club of America.

Simpan muzium!

Unit pertama 911 Club Coupe baharu, yang berasingan daripada 70 unit jualan, akan dijadikan koleksi Muzium Porsche.

Unit kedua akan diundi untuk PCA dan semua model seterusnya akan ditawarkan untuk dijual kepada ahli PCA.

Pengeluaran model ini dijangka akan bermula pada musim luruh (sekitar September hingga November) dan berlanjutan sehingga musim bunga 2026 (sekitar Mac hingga Mei).

Google ads
Back to top button