Buletin

SALJI TEBAL DI TEXAS – CAR WASH BERTUKAR MENJADI PETI SEJUK BEKU

Texas terkenal dengan cuaca panasnya, tetapi kini negeri Lone Star itu menjadi sejuk beku.

Pada malam Krismas, pengguna Instagram, Matthew Guthrie menyiarkan kedai cuci kereta H-E-B menjadi beku.

Walaupun sedikit yang diketahui tentang kejadian itu, tetapi ais batu besar tergantung dari siling dan roller berus sudah cukup menunjukkan Texas sedang dilanda salji tebal.  Paip juga kelihatan pecah dalam cuaca sejuk, menyebabkan air mengalir sebelum membeku.

Ia masih tidak jelas berapa lama cucian kereta akan dihentikan, tetapi Fox Weather menyatakan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan melaporkan suhu serendah -11.1° Celcius di tengah Texas pada Sabtu.

Ia adalah suhu jauh di bawah purata, tetapi cuaca panas diramal akan kembali dan dijangka kekal panas sepanjang minggu tersebut.

Walau bagaimanapun, Texas bukanlah satu-satunya tempat yang terjejas teruk kerana Buffalo, New York, dilanda lebih daripada 1,270mm salji.

Sementara di New Jersey, sejumlah kereta ditutupi oleh salji tebal selepas Hudson River dilanda banjir. Manakala di Indianapolis, seorang wanita memandu dalam keadaan bersalji sebelum terjun ke dalam air. Di tempat lain, terdapat banyak kemalangan berlaku disebabkan oleh jalan licin.

Google ads
Back to top button