Buletin

COMBO DUET JET EMBRAER PHENOM + PORSCHE TURBO S. TERHAD 10 UNIT SAHAJA

Apabila anda mempunyai kekuatan kewangan membeli sebuah jet perniagaan, sudah pasti tiada masalah berbelanja AS$203,500 (RM 836,486) untuk Porsche 911 Turbo S 2021.

Ini merupakan pakej edisi terhad Duet ditawarkan dua syarikat gergasi pengeluar jet eksekutif Embraer dari Brazil dan pengeluar jentera, Porsche.

Pakej eksklusif Duet ini menawarkan pembelian jet perniagaan edisi khas Embraer Phenom 300 E dan jentera sport kustom Porsche 911 Turbo S 2021.

Penawaran pakej berkenaan berdasarkan produk paling sporty dan berjaya bagi kedua-dua pengeluar terbabit. Bahkan, ia hanya terhad kepada 10 unit sahaja.

Jet perniagaan dan Porsche 911 Turbo didatangkan dengan gabungan warna perak (Platinum Silver Metallic) dan kelabu  (matt Jet Grey Metallic).

Ia turut mendapat sentuhan tangan kemasan jalur berwarna Brilliant Chrome dan biru (Speed Blue).

Selain itu, terdapat logo khas direka berdasarkan sayap Phenom 300E dan wing belakang andalan 911 daripada pakej Sport Design menandakan kerjasama dua syarikat berkenaan.

Porsche 911 Turbo S ditawarkan menampilkan perincian rekaan diilhamkan daripada ciri-ciri penerbangan termasuk nombor pendaftaran jet pada bahagian belakang dan perkataan No Step diterangi warna merah terletak bawah pintu.

Bahagian dalaman pula, terdapat skema warna khas menggabungkan warna hitam dan dibaluti kulit dengan jahitan biru.

Pakej terhad Duet ini boleh mula ditempah dan dijangka penghantara bermula pada tahun hadapan. Sebuah Embraer Phenom 300E biasa bernilai sudah bernilai AS$9.45 juta (RM38.9 juta).

Pakej ini sudah tentu lebih mahal berbanding harga sebuah jet perniagaan itu. – carscoops.

Google ads
Back to top button