Buletin

EDISI TERHAD McLAREN SABRE. KUASA 824 HP, TORK 800 NM. 15 UNIT SAHAJA!!!

Mclaren Beverly Hills mendedahkan jentera terbaharu edisi terhad dikenali sebagai Sabre.

Dibangunkan Mclaren Special Operations, model Sabre terhad 15 unit itu, direka khusus untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) membenarkan jentera itu menggunakan idea dan inovasi yang tidak dibenarkan di peringkat global.

Rekaan Sabre menyerlahkan ciri-ciri garang sebuah jentera sport dengan menampilkan bahagian hadapan yang cukup menonjol dipadankan splitter.

Selain itu, ia dilengkapi hud berliang, lampu utama yang menampilkan rekaan tajam, fender unik serta cermin hadapan sedikit senget.

Bahagian sisi pula, Sabre didatangkan skirt aerodinamik dan pintu butterfly (macam rama-rama laa bukaan pintu tu).

Jentera tersebut turut menyerlah di bahagian belakang dengan dipadankan spoiler menarik dipadankan sirip tengah, diffuser dan sistem ekzos.

Memasuki ruangan kabin, Sabre hadir dengan upholsteri dua tona Alcantara, gentian karbon dan sistem infotainmen terapung.

Mclaren mengesahkan bahawa Sabre merupakan jentera bukan hybrid paling berkuasa mendapat khidmat enjin V8 turbo berkembar yang mampu menjana kuasa 824 hp dan tork 800 Nm.

Sabre berupaya memecut sehingga mencecah kelajuan maksimum 351 km/j, menjadikannya McLaren dua tempat duduk yang paling pantas. –agensi.

Google ads
Back to top button